Saturday, March 23, 2013

Najwa Latif bercerita tentang keputusan SPM nya


Lega. Bersyukur. Gembira. Itu perasaan Najwa Latif, 18, sebaik mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam. Memperolehi 4A dalam pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Agama Islam dan lulus dalam lima lagi mata pelajaran, berita itu diterimanya dengan linangan air mata kegembiraan. Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kosong ini, sehari sebelum keputusan keluar, geraknya hati terdetik yang dia tidak memperolehi sebarang A dalam kesembilan mata pelajaran yang diambilnya. Sementara ibunya pula menjangkakan dia hanya akan mendapat 3A. Disebabkan rasa risau dan terlalu gementar, Najwa membuat keputusan tidak mahu pergi ke sekolahnya untuk mengambil keputusan tersebut. "Sebenarnya sehari sebelum keputusan keluar, saya dan kawan-kawan berjanji nak pergi sekolah dan nak ambil keputusan sama-sama. Tapi malam gerak hati saya kata yang saya tak dapat satu A pun. Saya mula risau dan rasa seram sejuk. Terus saya buat keputusan tak mahu pergi sekolah.

"Jadi kakak saya yang tolong ambilkan. Saya tunggu di rumah. Saya memang susah hati sangat. Tapi bila kakak telefon dan beritahu saya dapat 4A, saya lega. Allhamdulillah. Saya sampai menangis", kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim kepada Malaysia Digest.com ketika dihubungi, semalam. Tambah gembira tidak cukup dengan ucapan tahniah daripada keluarga, Najwa menerima hadiah seutas jam tangan jenama Esprit daripada ibu dan kakaknya, Iqa. "Allhamdulillah, ibu dan ahli keluarga lain gembira dengan keputusan saya. Ibu dengan kakak hadiahkan saya jam tangan Esprit warna merah jambu. Ibu ada beritahu saya, sebenarnya dia tak sangka saya dapat 4A, sebab dia jangka saya hanya dapat 3A. "Tanpa pengetahuan saya, ibu dan kakak dari awal-awal lagi dah belikan saya seutas jam. Ibu kata, tak kiralah saya dapat berapa A pun, mereka nak hadiahkan saya jam tu", katanya.

Ditanya mengenai perancangan selepas ini Najwa berkata, buat masa ini dia sedang meneliti beberapa buah Universiti Awam dan Swasta untuk melanjutkan pelajarannya. Malah dia mahu mengikuti pengajian dalam jurusan yang diminatinya iaitu Tesl. "Alhamdulillah, Bahasa Inggeris saya dapat A. Saya memang merancang nak ambil tesl tapi saya tak tahu lagi saya boleh dapat masuk universiti mana. Saya tak kisah mana-mana, IPTA dan IPTS, dua-dua saya pilih. Dan perancangannya, saya akan sambung belajar pada Jun nanti", katanya. Tentang karier nyanyian, Najwa memberitahu dia masih lagi mahu meneruskan karier sebagai penyanyi.

Dia akan cuba membahagikan masa di antara nyanyian dan pelajaran. Bintang YouTube ini juga bakal melancarkan single terbarunya berjudul I Love You tidak lama lagi. "Saya tak akan hilang dari industri. Selagi saya mampu, saya akan teruskan karier nyanyian. Bila dah mula belajar nanti, saya akan bahagikan masa antara karier dan pelajaran. Buat masa ini saya sedang mempromosikan single berjudul Sahabat bersama Syam Kamarul & Sleeq. InsyaAllah, single baru saya akan release tak lama lagi berjudul I Love You.

 "Selain itu saya juga akan memulakan konsert jejalah yang diberi nama 'Jelajah Sahabat'. Untuk konsert jelajah ni, bukan persembahan saya seorang saja, malah ada artis lain seperti band I Am Nita, House of Five dan The Aliff. Kami akan menjelajah ke seluruh Malaysia sehingga bulan Jun nanti. Macam bulan lepas, konsert ni dah diadakan di Johor Bahru. Perlaksaan konsert ni pun bergantung kepada jadual saya, kalau saya tidak sibuk, kita akan teruskan jelajah ni", katanya. Dalam pada itu ditanya mengenai hubungan dengan bapanya kini semenjak kontroversi yang tercetus beberapa bulan lalu, Najwa berkata, dia sebolehnya tidak mahu bercerita lagi tentang isu tersebut kerana tidak mahu mengaibkan keluarga sendiri. "Isu ni dah lama. Saya pun tak mahu komen apa-apa. Saya masuk dalam industri sebab nak tunjuk bakat saya dan kongsi muzik saya dengan semua orang. Saya tak mahu libatkan keluarga saya", katanya. - mD






.

1 Penyokong CHELSEA:

wana wazm on March 23, 2013 at 11:58 AM said...

kiraa okela tu kan ? btw ,mulakn hari anda dgn sarapan yg hebat. nak tahu , terjah sini. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/03/sarapan-pagi-hujung-minggu-mcdonald.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!