Friday, March 22, 2013

Pameran prasejarah di Muzium Negara


Fosil seekor reptilia terbang prasejarah bersaiz besar didedahkan kepada umum di Muzium Negara Rio de Janeiro di sini semalam, lokasi berlangsungnya satu kongres antarabangsa tentang kepupusan spesies pada Mei ini. ''Apa yang membuatnya sedikit istimewa adalah kerana ia merupakan fosil yang hampir lengkap pernah ditemui dengan hampir keseluruhan rangka malah tengkorak reptilia itu masih terpelihara,'' kata Alexander Kellner, ahli paleontologi dari Universiti Persekutuan Rio. Kellner pada masa sama turut menerangkan tentang reptilia terbang yang dikenali sebagai pterosaur atau 'cicak bersayap' yang mempunyai kepak berukuran 8.2 meter.


Fosil reptilia prasejarah itu disifatkan daripada spesies 'Tropeognathus mesembrinus' yang ditemui di pelantar Chapada do Araripe di timur laut Brazil. Kellner menyifatkan reptilia itu sebagai antara yang terbesar pernah ditemui di hemisfera selatan dan ketiga di dunia. ''Kami boleh membuktikan reptilia gergasi ini terbang di timur laut Brazil lebih awal daripada yang disangka kerana fosil itu ditemui di dalam formasi batu berusia 110 juta tahun,'' katanya. - AFP






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!