Dia telah lama terpesona dengan Islam dan budaya Timur Tengah. Kini Putera Wales dikatakan sedang mempelajari bahasa arab. Dan pembantunya mendedahkan bahawa Putera itu sangat berminat untuk mempelajari bahasa itu dan dia telah mengahadiri tuisyen swasta selama lebih daripada enam bulan. Mungkin aneh, namun putera ini sebenarnya sangat gairah belajar bahasa arab untuk membolehkannya membaca Al-Quran dalam bentuk asalnya.
Ia juga akan bermakna dia boleh mentafsirkan skrip Arab semasa lawatan ke masjid dan muzium seni Islam. Kemudian baru-baru ini putera itu mendapat peluang untuk mencuba bahasa Arab apabila beberapa pelajar menemuinya. Dan pelajar-pelajar itu kagum dengan kebolehannya menggunakan bahasa arab. Putera Charles berada di Doha untuk menghadiri pelancaran Qatar-UK Alumni Network, Qatar. -AP
.
4 Penyokong CHELSEA:
moga dibukakan pintu hatinya utk masuk Islam.
Mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah dan sebagai centre of influence
kepada keluarga di raja england yang lainnya.
moga hatinya terbuka utk Islam
smoga Allah bukakan hatinya dgn ikhlas masuk islam..bersama2 lor kita berdoa smoga ada pembesar negara akan memelok islam supaya akan menjadi ikutan dan icon negara yang bukan islam amiin
Post a Comment