Wednesday, March 6, 2013

Sadis : Curi mayat untuk dijadikan 'pengantin perempuan'


Empat orang di wilayah Shaanxi dihukum penjara antara 28 hingga 32 bulan semalam, selepas didapati bersalah menggali kubur dan mengambil mayat untuk dijadikan ‘pengantin perempuan’ bagi upacara tradisional ‘perkahwinan hantu’ lapor media. Perkahwinan penting di dalam masyarakat China dan walaupun amalan itu semakin jarang dilakukan, ia masih diamalkan keluarga yang kematian anak lelaki tetapi belum berkahwin.

Mayat mereka kemudian dikebumikan bersebelahan satu sama lain. “Biasanya perkara itu mendapat persetujuan keluarga di mati, tetapi Sabtu lalu kumpulan empat lelaki terbabit mencuri mayat perempuan dan selepas membersihkannya, memalsukan fail perubatan sebelum menjualnya dengan harga tinggi,” lapor akhbar Xian Evening News. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!