Wednesday, March 6, 2013

Pengarah hospital cedera parah diserang kakitangan hospital sendiri


Pengarah Hospital Taiping, Dr. Mohd. Yassim Abdul Rahman cedera parah selepas diserang dan ditetak oleh seorang kakitangan hospital berkenaan dengan parang dalam satu pertengkaran di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi itu, Dr. Mohd. Yassim cedera di badan, kepala dan tangan selepas cuba menahan tetakan juru X-ray Jabatan Pengimejan dan Diagnostik hospital tersebut.

Kejadian dipercayai berlaku semasa suspek berusia 53 tahun itu bertemu dengan mangsa di salah sebuah bilik di jabatan berkenaan. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Md. Diah berkata, mangsa yang cedera parah termasuk patah tulang lengan dibawa ke unit kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor. -utusan





.

3 Penyokong CHELSEA:

Admin on March 6, 2013 at 8:19 AM said...

ni kes pendam lama dah kot x puas hati

Kisah Si Dairy on March 6, 2013 at 9:30 AM said...

apalah nak jadi dunia sekarang nie..xde perasaan langsung

Faridzuan on March 6, 2013 at 10:02 AM said...

Aduhai. Seram saya dibuatnya. :(

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!