Monday, March 11, 2013

Wanita ini mogok lapar selama 12 tahun


Seorang wanita India yang melancarkan mogok lapar selama lebih 12 tahun memberitahu Sky News beliau akan meneruskan bantahannya walaupun didakwa dengan cubaan membunuh diri. Irom Sharmila memulakan tindakan itu selepas menyaksikan pembunuhan sekumpulan penduduk awam oleh pasukan separa tentera India di Manipur pada November 2000. Wanita berusia 40 tahun itu berkata beliau tidak akan menamatkan mogok lapar kecuali kerajaan India memansuhkan kandungan kontroversi perundangan Akta Kuasa Khas Pasukan Bersenjata (AFSPA). “Saya rakyat demokratik. Saya bukan wanita sukakan keganasan, cuma mahukan kehidupan normal. Saya bersungguh-sungguh dengan matlamat saya. Perjuangan ini amat diperlukan sama ada ia sukar atau mudah ia bukan masalah,” katanya.


Tuntut kemerdekaan 

AFSPA memberikan askar India imuniti daripada pendakwaan di kawasan yang berlaku konflik. Pemberontakan berlaku selama lima dekad kebelakangan ini di di Manipur, di timur laut India. Sekumpulan militan menuntut kemerdekaan daripada India. Kumpulan hak asasi manusia mendakwa AFSPA digunakan oleh tentera sebagai perlindungan sah untuk melakukan penderaan dan pembunuhan. Irom juga dikenali sebagai Wanita Besi Manipur oleh penyokongnya, tidak makan sebarang makanan pejal selama lebih 12 tahun.

Beliau baru-baru ini ditahan dan dipaksa makan dua kali sehari menerusi tiub di hidungnya. Pemakanannya mengandungi cecair karbohidrat, protein dan vitamin. Irom ditahan tiga hari selepas mogok laparnya bermula tetapi menurut undang-undang India perlu dibebaskan setiap tahun untuk melihat jika beliau akan makan semula. Pada 2006, ketika dibebaskan, beliau melancarkan mogok lapar di New Delhi tetapi ditahan dan didakwa dengan cubaan membunuh diri menurut seksyen 309 kanun keseksaan India. - AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!