MEMBESAR di dalam sebuah keluarga yang terkenal bukan bermakna anak-anak David dan Victoria Beckham mempunyai cara hidup yang berbeza dari kanak-kanak yang lain. Sudah diajar sejak kecil untuk sentiasa menghormati orang lain, Brooklyn, Romeo dan Cruz mempunyai budi bahasa yang amat tinggi. Menurut sumber terdekat, ini merupakan hasil ajaran pasangan terkenal itu yang mahukan anak-anak mereka terikat dengan nilai-nilai mulia. Sebagai bapa menurut Beckham, dia sememangnya mahu anak-anaknya diajar akhlak yang sempurna sejak kecil lagi. Bukan sahaja melalui disiplin yang ketat, menurut Beckham, dia dan isteri sudah terbiasa dibesarkan di keluarga yang mementingkan disiplin.
Apabila tanggungjawab ini beralih kepada mereka, ia menjadi lebih mudah. "Saya dan Victoria dibesarkan dengan nilai disiplin yang tinggi oleh kedua ibu bapa kami. Semestinya anak-anak kami juga akan di ajar begitu," katanya dalam satu temuramah baru-baru ini. Menurut beliau, sejak berumur dua atau tiga tahun lagi, 'terima kasih' dan 'tolong' sudah menjadi perkataan kesukaan anak-anaknya. "Mereka adalah anak-anak yang baik," kata Beckham, memuji.
Tidak memandang remeh dengan kesan populariti yang dikecapinya, bagi Beckham kesibukan dia dan isteri bukan alasan untuk anak-anaknya dibesarkan tanpa ajaran sempurna. Bagi memastikan anak-anak mereka sentiasa mengamalkan apa yang diajar, dia dan isterinya sentiasa berkomunikasi dengan guru-guru. "Antara soalan pertama yang akan kami tanya ketika berjumpa dengan guru mereka adalah bagaimanakah sikap mereka sewaktu di sekolah? "Dan jawapan guru mereka cukup baik sekali, anak-anak kami mempunyai akhlak yang sempurna," katanya. -AP
.
5 Penyokong CHELSEA:
alahai tak sangka mat saleh pun tau nak berbudi bahasa n sopan santun..
Victoria dan Beckham dari family golongan atasan yg ada nama baik.. Tak pelik bile anak2 diorg pun dididik mcm tu.. In a way, benda ni bole ditiru utk didik anak2 kite plak.. hehehhee
Bagus la... walaupun sibuk, tangungjawab seorang ayah tetap ada. Boleh jadikan tauladan...
BeautifulNara Terjah Blog Aminin, Siapa Abang Nara Sebenarnya? - Hot
benda2 macam ni lah yg kita patut ikut...
salute lah ^^
Post a Comment