Novel menarik ini adalah antara novel terbaik dan terlaris sejak ianya berada dipasaran.. Dan, alhamdulillah, lulu sudah milikinya :)
Tajuk yang menarik, juga jalan cerita yang menarik, mengisahkan seorang lelaki bernama Tengku Azri, yang dijodohkan dengan anak angkat ibunya, Puan Adila, Lily Athira yang baru berusia 17 tahun. Lily ni, walaupun baru berusia 17 tahun, tapi tahu serba serbi. Pandai masak, rajin sampai tak kering tangan. Tiba-tiba Tengku Azri ni, pandai lak nak demand lebih-lebih.. Nak itulah, nak inilah.. Sajalah tu nak uji, betul ke menantu pilihan ibunya perfect. Kawannya cakap, perempuan sekarang ni, kalau masa bercinta selalu tunjuk pandai, sedangkan rujuk kat buku resepi. Kalau suruh masak on the spot, gerenti nangis. So, Tengku Azri menguji Lily buat sambal yang bermacam-macam. Semuanya berasaskan sambal.
Dan kebetulan, Puan Adila nak menunaikan umrah, maka dipercepatkanlah langsung nikah mereka. Pelik, Tengku Azri takdelah pula membantah. Namun disebalik persetujuan itu, Tengku Azri menetapkan perjanjian diantara dia dan Lily, yang akhirnya memakan diri sendiri. Lily dilepaskan tanpa rela demi mengejar cita-cita. Kisah percintaan yang unik dan rasanya novel ini membuktikan bahawa, air tangan/masakan wanita/isteri boleh membuatkan lelaki terpaut rasa, jatuh cinta. Mari dapatkan novel hebat ini, dan selami perjalanan kisah cinta antara pasangan ini. Mampukah ikatan perkahwinan mereka dipertahankan hingga ke akhirnya??
Tajuk : Cinta Sambal BelacanPenulis : Junie OctovianHalaman : 545 muka suratHarga : RM22.90/RM25.90
P/S - Recommended by Lulu Caldina
* Tak puas baca, bestnya kalau novel ni lebih tebal, suka sangat baca kisah mengenai Tengku Azri dan Lily ni :) Tahniah penulis
.
4 Penyokong CHELSEA:
Ok nak carik kat pbkl nanti, takde lg yg ni
Terima kasih kerana sudi membaca karya saya <3
follower 5377
http://coretanhatikathy.blogspot.com
Dah lama gila tak baca novel.. beli pun dah jarang.. pinjam boleh? hehehe
Post a Comment