Friday, April 12, 2013

Kisah cinta anak penyanyi Madonna


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang boleh diangkat sebagai penyanyi lagenda zaman ini, Madonna. Bukan cerita Madonna yang ingin dikongsikan, tetapi mengenai perihal anak gadisnya, Lourdes Leon, 16, yang kini dilaporkan sedang bercinta dengan aktor drama bersiri popular, Homeland, iaitu Timothee Chalamet. Menurut laporan portal NY Post, pasangan itu dikatakan bertemu di Sekolah Tinggi Fiorello H. LaGuardia dan mereka merupakan rakan sekelas. "Ia bukan sesuatu yang baru, semua pelajar di sekolah itu sudah tahu mengenai kisah percintaan mereka apatah lagi mereka berada dalam kelas yang sama," kata sumber.


Bagaimanapun, bapa Leon, Carlos Leon seolah-olah tidak merestui percintaan itu dan berkata dia tidak sedia untuk melihat anaknya itu mempunyai kekasih. "Anak saya masih mentah lagi. Dia masih seorang gadis yang perlukan perlindungan daripada saya. Namun, apabila tiba masanya nanti, saya sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan lelaki pilihannya dan lelaki itu juga perlu berani untuk berhadapan dengan saya," ujarnya. Chalamet, 16, melakonkan watak anak kepada naib presiden William Walden dalam siri yang pernah memenangi anugerah Golden Globe tahun lalu. -AP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!