Friday, May 31, 2013

Ayuh sebarkan.. Kanak-kanak hidap 'Diabetic Embryophaty' perlu bantuan


Ibu bapa seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit 'Diabetic Embryophaty' iaitu sejenis kecacatan fizikal sejak lahir memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos keperluan harian. N.Saravanan, 35, berkata anak tunggalnya, Mageswari, 5, menghidap penyakit berkenaan sejak di dalam kandungan. "Keluarga kami tidak ada sejarah berkaitan penyakit ini dan akibat penyakit ini anak saya tidak dapat berjalan seumur hidup kerana kedua-dua belah kakinya tidak boleh diluruskan," katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan daripada Umno Kedah.

Paha dan betis Mageswari yang bercantum menyebabkan kakinya tidak boleh diluruskan dan perlu menggunakan tangan untuk bangun dan bergerak. Saravanan berkata selain itu, anaknya juga menghidap penyakit 'Neurogenic Bladder', menyebabkan pundi kencingnya tidak dapat berfungsi dengan normal dan perlu menggunakan tiub. "Sebab masalah ini, isteri saya Y. Manju, 33, yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual terpaksa berhenti kerja kerana Mageswari memerlukan penjagaan sepenuh masa," katanya.

Saravanan yang bekerja sebagai pembantu pejabat di kedai menjual alatan pejabat hanya memperoleh gaji bersih bulanan sebanyak RM638 sedangkan kos untuk menanggung keperluan bulanan Mageswari lebih tinggi. "Gaji saya sedikit sahaja. Walaupun ubat-ubatan pihak farmasi dari Hospital Sultanah Bahiyah sediakan tapi kadang-kadang kos tanggungan anak untuk beli barang keperluannya sahaja boleh mencecah RM1,000," katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Saravanan di talian 017-4948647 atau menyalurkan bantuan terus ke akaun Maybank Manju 102175049262. 

- Bernama




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!