“KAMI bercinta dalam lagu,” demikian reaksi pasangan duet Youtube pertama di Malaysia, Tasha Manshahar dan Syed Shamim ketika ditanya tentang hubungan mereka. Pasangan duet ini menjadi perhatian umum sejak video ‘cover’ Mr. Saxobeat dimuatnaik ke Youtube, awal tahun lalu. Semalam, Tasha dan Syed yang bernaung di bawah FMC Music melancarkan dua single mereka berjudul Be Mine dan Cuba Teka. Menolak dikatakan bercinta, pasangan duet ini pantas menjelaskan keadaan tersebut. “Kami bercinta dalam lagu, sebagai usaha untuk menyampaikan lagu itu dengan lebih berkesan,” kata Syed ringkas. Dalam pada itu, ujar Tasya, hubungan cinta diluar lagu masih belum berlaku. “Di luar, alhamdulillah masih belum. Kalau ada, kita tak tahulah. Bercinta dalam lagu saja,” kata Tasha sambil ketawa kecil. Tidak habis di situ, pasangan duet ini terus diusik apabila Tasha diminta berkongsi tentang inspirasinya ketika mencipta Be Mine dan Cuba Teka.
“Be Mine sebenarnya tentang seorang perempuan yang menaruh hati terhadap seorang lelaki tetapi lelaki itu, sudah pun mempunyai kekasih. Tapi lelaki itu pun layan juga. Ia bukan kisah saya tapi kisah kawan rapat saya. “Cuba Teka pula mengisahkan tentang seseorang yang meminati seseorang yang lain secara senyap. Cuba Teka sebenarnya kisah benar saya tapi tak ada kena mengena dengan dia (Syed),” katanya tersipu malu. Dalam pada itu, Tasha akui tidak terfikir untuk mengkomersilkan lagu-lagu ciptaannya seperti hari ini.
“Saya tulis lagu itu ketika saya masih di bangku sekolah dan memang tak pernah terfikir nak komersilkan lagu ini sebenarnya,” katanya yang mengambil pengajian Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras. Syed pula merupakan pelajar jurusan muzik di institusi yang sama. Menggunakan muzik sebagai pendekatan ketika mengendalikan kelas, Tasha dikenali sebagai ‘Cikgu Be Mine’ oleh murid-muridnya. “Semasa saya menjalani praktikal, saya menggunakan pendekatan muzik untuk memberi pelajar saya lebih faham dan fokus. “Sebab saya mengajar subjek Bahasa Inggeris. Ketika mengajar, saya guna kelebihan saya bermain gitar, ‘keyboard’ untuk menarik perhatian pelajar,” katanya. -SH
.
4 Penyokong CHELSEA:
Sweet... Sweet je bercinta... Bila dia nak nikah ye...
comey..hari tu tasha ada dtg IPG lyeen..ehhehe...untnglah boleh menyanyi smbil mngajar kan..:D
sweet je
suka diorang. sweet je.
Post a Comment