Dia dikenali dengan memek muka yang selalu serius dan jarang tersenyum. Namun Victoria Beckham membuktikan dia boleh tersenyum, untuk suami sekurang-kurangnya. Bekas penyanyi yang juga pereka fesyen itu telah memuat turun gambarnya dan suami David Beckham yang telah diambil pada Hari Tahun Baru ketika bercuti di Maldives - dimuat turun sempena David Beckham bersara daripada bola sepak. Dalam gambar hitam putih itu, Victoria, 39, dilihat tersenyum manis sambil memeluk bahu suaminya.
Victoria sentiasa dipuji peminat kerana dia tetap konsisten menjadi tulang belakang kejayaan suaminya dalam kerjaya bola sepak dan peragaan yang menyaksikan keluarga mereka terpaksa berpindah-randah dari Manchester ke Madrid, Los Angeles dan kembali ke London dan ketika bekas Kapten England itu bermain dengan kontrak lima bulan untuk Paris Saint-German. Pemain tengah itu membuat pengumuman baru-baru ini, memberitahu dunia bahawa dia akan bersara dari dunia bola sepak. -AP
.
3 Penyokong CHELSEA:
Suka tengok diorang, sentiasa bersama ;D
ho3.. pasangan yg secocok sentiasa....
suka kt vic..apa2 gossip melanda ttp setia..patut jdi icon
Post a Comment