Sunday, May 12, 2013

Kepercayaan pelik yang menyeksakan



Gara-gara dituduh mengamalkan ilmu hitam sehingga menyebabkan ahli keluarganya sakit, seorang warga emas di daerah Sikka, Flores diikat kakinya dengan rantai anjing dan tali. Apa yang lebih menyedihkan, perbuatan kejam terhadap Hendrik Moa, 99, itu dilakukan sendiri oleh anak kandungnya. Hendrik yang diikat di belakang dapur rumahnya juga hanya mengenakan kain dan tidak berbaju dan dikatakan berada dalam keadaan begitu sejak lebih sebulan lalu. Anak-anaknya menuduh Hendrik mengamalkan ilmu hitam yang menyebabkan mereka sekeluarga jatuh sakit. "Bapa kami telah membuatkan kami susah. Dia santau kami sekeluarga sehingga menyebabkan kami sakit. "Kalau dia dilepaskan, kami risau dia akan berkeliaran di jalan raya dan disebabkan itu, kami tujuh beradik sepakat untuk mengikatnya di belakang rumah," kata seorang anaknya, Kristoforus ketika ditemui anggota polis yang dipetik oleh Pos Kupang.

Polis yang datang ke rumah mangsa meminta tali yang diikat di kaki Hendrik dilepaskan dan membawanya ke depan rumah. Hendrik kemudiannya berbicara dengan waras dan tidak kelihatan seperti orang sakit jiwa yang didakwa oleh keluarga dan orang kampung. "Sudah lebih sebulan saya diikat dan saya mempunyai tujuh orang anak serta ramai cucu," katanya. Ketua kampung, Seprianus Nerius turut datang ke rumah Hendrik selepas mengetahui kejadian itu dan menasihatkan keluarga mangsa. Seprianus turut memberi jaminan kepada pihak polis yang masalah itu akan diselesaikan. - AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

ury on May 12, 2013 at 11:22 AM said...

macam2.. ingatkan org melayu je ada santau... hehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!