Sejak semalam, pelakon Sharifah Sakinah telah menerima pelbagai kritikan pedas daripada peminat gara-gara bingkisan video keek menerusi laman Keek Anzalna, yang dimuat di laman YouTube. Lebih 'panas', video berdurasi 33 saat itu mempelihatkan adik kepada pelakon Sharifah Shahira ini berkelakuan kurang sopan menerusi kata-katanya atau dalam erti kata lain, dia seperti sengaja bikin kontroversi dan cari publisiti murahan. Antara kata-kata kurang enak yang TAK sepatutnya diucapkan oleh seorang artis yang nampak macam sangat bersopan santun dan lemah lembut sepertinya ialah,
Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.
Ramai peminat melemparkan kata-kata kesat terhadap pelakon ini, tak kurang melabelkan dia dengan pelbagai jolokan seperti sewel, psiko, bangang, macam dajal dan macam-maam lagi. Adakah ketika pelakon drama bersiri Bunga Merah Punya merakamkan video tersebut, dia dalam keadaan separuh sedar? Atau memang sedar? Tak pasti. Tapi yang pasti, tindakan Sharifah Sakinah telah mengundang kritikan penonton. Tahniah Sharifah Sakinah, anda berjaya mencipta populariti dan kontroversi diri sendiri.-MD
.
3 Penyokong CHELSEA:
Bagi aku artis atau bukan artis sekalipun kita tetap tak boleh mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan..Artis itu manusia biasa jugakkan..
isk2..mcm2 manusia zaman skang..
artis celaka. sebab kan artis ramai yg teruk akhlak.. sebab tonton filem2 dan cerita2 malaysia yg x bermoral...nama sahaja islam.tp x amalkan islam.ye filem itu untuk pedoman dan pengajaran.. tapi diluar cm ni jgk.
Post a Comment