Chelsea meraih gelaran Liga Europa selepas tandukan Branislav Ivanovic pada masa kecederaan membawa kepada kemenangan 2-1 ke atas Benfica pada perlawanan akhir di Amsterdam Arena, pagi ini.
Pemain pertahanan Serbia itu yang berada jauh dari gawang gol mudah menewaskan penjaga gol Benfica, Arthur selepas menyambut hantaran sepakan sudut Juan Mata pada minit ke-93.
Fernando Torres meletakkan Chelsea di depan, namun kedudukan tersebut tidak lama apabila Oscar Cardozo menjaringkan gol penyamaan lapan minit kemudian.
Blues beraksi tanpa pemain tengah dari Belgium, Eden Hazard dan kapten pasukan, John Terry yang kedua-duanya dibelenggu kecederaan.
Kejayaan Chelsea terus menambah kemarau kejuaraan buat Benfica yang tidak pernah memenangi kejuaraan Eropah itu sejak 1962. - Agensi
#KTBFFH
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment