Wednesday, May 15, 2013

PUDINA CINTA - A.Darwisy



Berbeza dengan nama watak dalam novel lainnya, penulis ini memilih Rabbuna Yusahhil sebagai nama watak utamanya. Unik!! Cerita yang sangat santai dan seronok untuk dibaca. Rabbuna, atau dipanggil Una, merupakan seorang gadis manja, bersikap keanak-anakkan. Luarannya tampak kasar dan brutal tetapi hakikatnya, jiwa Una penuh dengan kasih sayang. Merupakan seorang pelajar kursus pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan bakal meneruskan kesinambungan ayahnya yang memiliki klinik pakar pergigian bersama rakan baiknya, Doktor Khairul.

Sementara bercuti, Una kerja sambilan di kedai serbaneka dan disitu dia mengenali kawan-kawan sekepala iaitu Azlie, Alin dan Wawa (bakal kakak iparnya). Tanpa sengaja, pertemuannya dengan seorang lelaki, yang dikenalinya sewaktu kecil, Ally Dzulkarnain yang dulunya dia rasa geli untuk dekati disebabkan Ally yang berambut kerinting tebal dengan bekas tompokan hingus kering dikulit mukanya sampai berkerak, menimbulkan perasaan aneh diantara mereka.

Kehadiran Natasha Giselle, seorang perempuan yang berlagak, dan merupakan sepupu Ally, membuatkan hati Una sentiasa membengkak. Apatah lagi, perempuan itu menaruh perasaan terhadap Ally sehingga sanggup upah bomoh untuk mengikat hati Ally padanya.

Masalah keluarga yang dihadapi Ally, membuatkan hubungannya dengan Una semakin erat. Dan nampaknya, hubungan persahabatan keluarga mereka, membuatkan hubungan ini semakin berkembang dengan baik. Kewujudan masalah kawan sekepalanya Azlie, kisah abang Una, Fauzi yang kehilangan isteri dan kehadiran syazni anak saudaranya yang sangat petah bercakap benar-benar mencukupkan rasa novel ini. Apa yang terjadi dengan Natasha? Mampukah Una yang brutal ini menerima Ally yang kini memang sangat kacak?? Hasil tulisan yang sangat menarik untuk dijadikan koleksi novel peribadi..


Tajuk : Pudina Cinta
Penulis : A.Darwisy
Halaman : 578 muka surat
Harga : RM22.90/RM25.90





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

5 Penyokong CHELSEA:

JMR on May 13, 2013 at 5:46 PM said...

tak pernah abis baca novel..paling cpt baca sinopsis je..hehehe

maszull on May 13, 2013 at 8:45 PM said...

assalamualaikum Lulu...wah bestnya nak cari juga la...:)

ZULHILMI TEMPOYAK on May 14, 2013 at 10:45 AM said...

hmmm... nk cari ni..

anekahosting.com web hosting murah terbaik di indonesia on May 16, 2013 at 1:15 AM said...

luluuuuu.. cheers for blue, cheers for chelsea

info terbaru on May 16, 2013 at 1:16 AM said...

I love chelsea, too sis..!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!