Wednesday, May 1, 2013

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), melakar sejarah tersendiri


Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melakukan pembedahan otak dengan menyedarkan pesakit. Pakar Bedah Otak PPUKM, Prof. Madya Dr. Ramesh Kumar berkata, prosedur yang dikenali sebagai Awake Craniotomy dalam istilah perubatan melibatkan pesakit mengambil bahagian semasa pembedahan. "Pesakit akan memberi maklum balas berdasarkan pergerakan mudah yang diarahkan oleh pakar bedah. "Prosedur unik ini melibatkan proses menidurkan pesakit terlebih dahulu untuk proses membuka tempurung kepala dan kemudian pakar bius akan menyedarkan semula pesakit untuk mengeluarkan ketumbuhan pada otak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai prosedur pembedahan Awake Craniotomy baru-baru ini. Pembedahan tersebut yang diketuai oleh Dr. Ramesh turut melibatkan lima lagi pakar lain telah dilakukan pada 8 Februari lalu ke atas seorang pesakit lelaki. Keseluruhan masa yang diambil untuk pembedahan berkenaan ialah empat jam dan pesakit sedar selama satu setengah jam. - Utusan






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!