Seorang lelaki dari India maut, ketika dia cuba memecahkan rekod dunia merentasi sebatang sungai dengan menggunakan rambutnya yang digantung pada tali dalam satu aksi di Bengal Barat, semalam. Nahas itu menimpa Sailendra Nath Roy, 50, selepas rambutnya yang diikat tersangkut pada roda yang dipasang pada tali, mengakibatkan dia tergantung di udara pada ketinggian 3,000 meter selama hampir 25 minit. Lelaki itu yang terdesak untuk melepaskan diri, kemudian cuba merentasi sungai berkenaan dengan berpaut pada tali, namun dia dipercayai diserang sakit jantung dan meninggal dunia.
Kejadian tersebut turut disaksikan kira-kira 1,000 penduduk yang berkumpul di sepanjang jambatan yang merentas Sungai Teesta di Darjeeling. Pasukan penyelamat kemudiannya menurunkan Roy dari Jambatan Coronation kira-kira 45 lima minit kemudian.
Dia yang dikejarkan ke hospital berhampiran, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba. Roy yang merupakan anggota polis Bengal Barat merupakan pemegang rekod dunia Guiness World Records apabila berjaya menarik kereta api seberat 42 tan sejauh 2.5 meter pada tahun lalu. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Siliguri, K. Jairaman berkata, Roy tidak mendapatkan kebenaran bagi melakukan aksi ngeri itu, tetapi mengesahkan mangsa tidak bertugas sewaktu kemalangan itu berlaku. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
Lucu pun ada .hehe
Post a Comment