Thursday, June 13, 2013

Kejam : Mayat bayi berulat ditemui di tong sampah


Misteri bau busuk daripada sebuah tong sampah di hadapan sebuah rumah di pangsapuri Jalan Lintang Madrasah, Jelutong Park di sini, terungkai dengan penemuan mayat bayi yang sudah berulat hari ini. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui seorang penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk tersebut sejak Selasa lepas. "Bayi itu dimasukkan di dalam plastik sampah dan siasatan awal mendapati unit pangsapuri berkenaan dihuni dua lelaki dan dua wanita, namun penghuni wanita telah meninggalkan rumah tersebut beberapa hari lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya mayat bayi itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada pukul 9 pagi tadi untuk dibedah siasat. Setakat ini polis tidak melakukan sebarang tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan, katanya. - Bernama




 P/S - Gambar sekadar hiasan





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!