Tuesday, June 11, 2013

Pemilik ditahan kerana miliki pelbagai binatang eksotik dalam rumah


Polis menahan pemilik sebuah rumah di sini selepas menemui pelbagai binatang di dalam rumah tersebut di Minburi, timur negara ini semalam. Serbuan yang dilakukan secara besar-besaran oleh anggota polis dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu menemui pelbagai binatang termasuk 14 ekor singa Afrika dan pelbagai jenis monyet, burung dan ular di dalam kediaman tersebut. Jurucakap Polis, Kolonel Sarawut Jitrabeab berkata, pemilik rumah tersebut, Montri Boonphonon, 41, berjaya ditahan dan akan didakwa kerana pemilikan haram dan pemerdagangan hidupan liar yang dilindungi. - dpa





.

1 Penyokong CHELSEA:

kucing comel on June 11, 2013 at 11:19 PM said...

banyaknya.....wahh.....mana dia dapat semua tu huhu

Senarai Blogger Malaysia Yang Cantik 2013
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/senarai-blogger-malaysia-yang-cantik.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!