Wednesday, June 5, 2013

UNTUK SEMUA DOSAKU - RIN AHMAD




Unik novel yang satu ini. Sungguh pun novel ini bagi lulu agak nipis, namun isi kandungannya sarat dan buat pembaca seperti lulu rasa cukup untuk menyelami watak dan jalan cerita yang cuba disampaikan oleh penulis. Ceritanya agak berat, namun berjaya disampaikan dengan teliti. Novel yang mengisahkan seorang pelajar, Nur Lisa yang melanjutkan pelajaran keluar negara iaitu Jerman. Dia terperangkap menjadi roomate seorang lelaki yang kacak iaitu Syed Azri. Di studio kecil tempat mereka tinggal itulah, menyaksikan cinta mereka tersemai dan melengkapi suasana indah persekitaran di Jerman.

Tanpa peduli agama, mereka hidup umpama suami isteri. Minum arak adalah perkara biasa buat mereka. Entah bagaimana, Nur Lisa tiba-tiba tersedar dan cahaya hidayah mendatangi hidupnya. Dia nekad berubah dan untuk berubah, dia terpaksa meninggalkan lelaki yang paling di sayanginya itu.

Setelah kembali di Malaysia, suatu hari, tanpa sengaja dia menemui Syed Azri. Lelaki itu jelas masih menyimpan rasa padanya. Adik Nur Lisa, Nur Lili telah menemui foto-foto mesra antara Nur Lisa dan Syed Azri. Dan apabila gambar itu ditunjukkan kepada ayah mereka, Nur Lisa dipaksa berkahwin dengan Syed Azri. Perkahwinan itu bermula dengan cabaran yang sukar. Nur Lisa menyimpan impian untuk memiliki seorang suami yang beriman dan mampu membimbingnya ke jalan Islam. MampukaH Syed Azri menjadi seperti itu??


Tajuk : Untuk Semua Dosaku
Penulis : Rin Ahmad
Halaman : 618 muka surat
Harga : RM22/RM25





P/S - Recommended by Lulu Caldina




.

5 Penyokong CHELSEA:

Nini D.. on June 3, 2013 at 2:17 PM said...

okeh!!

Alin Marlini on June 3, 2013 at 2:47 PM said...

Menarik sangat tajuknya tu...nak carik jugak nnt...

mohon vote saya di http://alinmarlini.com/tips-buat-duit-dengan-blog-dari-seminar-denaihati/

Fiza Rahman on June 3, 2013 at 3:09 PM said...

Wah. Menarik sinopsis nya. Baru jer beli 6 buah novel. Boleh tambah lagi koleksi novel ☺☺

Thanks for the review LC.

Bella_76 said...

hidup gaya 'suami-ister' tapi mereka berjaya tdk smpai trjebak melakukan 'sesuatu' yg biasa di buat orang laki bini.
so sgt respect ngan Lisa yg mampu menjaga kehormatan yg satu tu.

Anonymous said...

Menarik !

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!