Sunday, July 21, 2013

Cara terbaik berbuka puasa



Cara terbaik berbuka puasa | Program 'Hello Ramadan' yang bermula sejak hari pertama puasa, memberi panduan pentingnya seseorang yang berpuasa mengambil makanan sihat sepanjang Ramadan. Pakar pemakanan, Nahed Kadri menasihatkan orang ramai supaya mengelak makan banyak khususnya makanan yang penuh lemak tepu.

Katanya, hidangan iftar perlu dibahagi kepada dua hidangan kecil untuk dimakan sebelum dan selepas solat Maghrib. Untuk tahun kesembilan berturut-turut, Kementerian Kesihatan Arab Saudi terus mengendalikan program taliannya bagi menjawab soalan rakyat berkaitan pelbagai masalah kesihatan yang muncul ketika bulan suci ini. Program diberi tajuk ‘Kesihatan Anda Ketika Ramadan’ bermula sejak hari pertama Ramadan. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

Solehah Shamsuddin on July 22, 2013 at 12:54 AM said...

Memang bagus cadangan tu :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!