Fara Fauzana cerita pasal insurans | Walaupun dia bukan seorang penyanyi, tetapi sebagai penyampai radio dan pengacara, Fara Fauzana menyifatkan suaranya begitu penting dan sebagai penyumbang utama memberikan rezeki kehidupan buat diri sendiri dan keluarga. Oleh itu dia telah menginsuranskan suaranya sebagai langkah berjaga-jaga jika ia gagal berfungsi atas penyakit-penyakit tertentu. "Saya mengambil insurans kesihatan yang turut disertakan dengan perlindungan suara sekali. Malu nak bercakap tentang hal ini, maklumlah saya bukannya penyanyi. Datuk Siti Nurhaliza pun tak insuranskan suara dia agaknya.
"Tetapi bagi saya ia penting kerana kerja harian saya menggunakan suara bukan sahaja di konti radio tetapi juga di luar di mana saya mengacarakan pelbagai acara majlis. "Hati saya mula terdetik untuk menginsuranskan suara selepas pernah pada satu kejadian, saya tidak sakit, tetapi suara hilang dan ia buatkan saya risau," katanya seperti yang dilaporkan mStar online. Tambah Fara, dia juga pernah terfikir apakah yang akan terjadi sekiranya satu hari nanti dia tidak mempunyai suara lagi. Namun, selain membuat perlindungan insurans suara, dia juga sudah merancang akan memberi fokus kepada kerjaya di belakang tabir penyiaran radio pula. -MD
.
1 Penyokong CHELSEA:
wahh insurans suara pun ada ye.. bagus la fafau..
Post a Comment