Monday, July 15, 2013

Misteri kematian mengejut pelakon Glee, Cory Monteith


Misteri kematian mengejut pelakon Glee, Cory Monteith | Aktor Kanada yang terkenal menerusi drama muzikal Glee, Cory Monteith, (gambar) ditemui mati kelmarin di Hotel Fairmont Pacific Rim. Tiada tanda-tanda kematiannya disebabkan dibunuh dan punca kematian masih disiasat, kata Ketua Koroner British Columbia, Lisa Lapointe, dalam sidang akhbar. Ditanya sama ada Monteith, 31, meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan, pemangku ketua Jabatan Polis Vancouver, Doug LePard, berkata beliau tidak mahu membincangkan apa yang mungkin ditemui dalam bilik hotel itu. “Kami baru maklumkan perkara itu anggota keluarganya sejam lalu, jadi kami belum dapat bincangkannya lagi,” katanya.

Monteith memegang watak Finn Hudson dalam siri itu dan pernah dirawat di pusat pemulihan kerana ketagihan dadah, tahun ini. Pelakon berkenaan yang membesar di British Columbia, mengakui menghadapi masalah dadah serius ketika usia remaja, dan pertama kali dirawat akibat ketagihan pada usia 19 tahun. Ada beberapa orang lain dalam bilik hotel Monteith malam Jumaat lalu, tetapi bukti, termasuk kunci masuk, menunjukkan beliau kembali ke biliknya sendiri awal kelmarin dan berada seorang diri ketika meninggal dunia, kata polis. Beliau dijangka mendaftar keluar kelmarin. - REUTERS







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!