Monday, July 15, 2013

Malang : Israel dibenci oleh rakyat sendiri



 Kasihan : Israel dibenci oleh rakyat sendiri | Ribuan penduduk, kelmarin mengadakan tunjuk perasaan sempena ulang tahun ke-2 protes besar-besaran yang membantah kos sara hidup tinggi di Israel. Menurut laporan Press TV, kebanyakan penunjuk perasaan membantah langkah penjimatan diumumkan kerajaan dan menuntut keadilan sosial berikutan golongan pertengahan semakin tertindas dan menerima kesan akibat dikenakan cukai tinggi. Aktivis sosial, Daphni Leef berkata, rakyat mulai berang dengan tindakan itu malah muak dengan sikap kerajaan yang hanya mementingkan diri sendiri serta melakukan keganasan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Sejak dua tahun lalu, penduduk Israel sering mengadakan protes di Tel Aviv dan bandar lain kerana tidak berpuas hati dengan rancangan ekonomi diumumkan rejim Zionis. Tel Aviv sebelum ini mendakwa, cukai tinggi itu terpaksa dilaksanakan bagi membantu rakyat Palestin namun rakyat negara itu sedar bahawa dakwaan tersebut hanya sekadar alasan bagi mewujudkan sentimen kebencian terhadap penduduk Palestin. -AP





.

3 Penyokong CHELSEA:

eima on July 15, 2013 at 2:11 PM said...

nk beli senjata api segala jenis bom ..mmg la kena cut off bajet utk rakyat sendiri ...

Unknown on July 15, 2013 at 8:21 PM said...

tnggi gak ksedaran rkyt dia.. klau aku jdi rkyt, aku mmng trtipu utk mmbnci negara yg kononnya mnybbkn knaikn hrga ni.

nauzibillah

Unknown on July 15, 2013 at 8:36 PM said...

Xbyk sumber2 ekonomi dan kadar KDNK di Israel sgt rendah...harap bantuan US dan Yahudi2 elit bangsat dari seluruh dunia...Prbelanjaan negara lbih kpd ketenteraan brbanding dgn budget utk rakyat sndiri.. I like this post.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!