Sunday, July 28, 2013

Inilah denda jika anda membeli bahan cetak rompak


Inilah denda jika anda membeli bahan cetak rompak | Pihak berkuasa di bandar raya ini akan mengenakan denda yang berat terhadap penjual dan pembeli cakera padat digital (DVD), cakera padat video (VCD) dan kaset cetak rompak. Timbalan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama berkata, pembeli produk cetak rompak akan didenda sebanyak 10 kali daripada harga asal produk yang dibeli sekiranya ditangkap pihak berkuasa. Jelasnya, denda yang dikenakan adalah berdasarkan nilai yang diperolehi selepas harga asal barangan asli ditolak dengan harga jualan cetak rompak produk terbabit. "Sebagai contoh, sekeping VCD asli berharga 50,000 rupiah (RM15.80) ditolak dengan versi VCD cetak rompak yang bernilai 5,000 rupiah (RM1.50), dan mendapat baki sebanyak 45,000 rupiah (RM14.30).

"Baki tersebut akan digandakan sebanyak 10 kali dan nilainya akan menjadi 450,000 rupiah (RM143). Jadi, itulah nilai denda yang perlu dibayar oleh pembeli," katanya. Surat pekeliling tentang undang-undang tersebut telah diedarkan dan ditampal di semua tempat termasuk lokasi tumpuan penjualan barangan cetak rompak seperti di kaki lima dan pusat membeli-belah. Basuki berharap, peraturan ketat itu boleh membanteras gejala cetak rompak secara berperingkat, bermula di pusat membeli-belah dan pusat perniagaan sebelum ke kaki lima. "Usaha sebegini perlu giat dilakukan bagi membantu golongan seni yang bersusah-payah menghasilkan karya bermutu untuk faedah orang ramai," katanya. - AGENSI




.

2 Penyokong CHELSEA:

EB on July 28, 2013 at 9:04 PM said...

yaii...tak nak beli cetak rompak..dah lah bulan depan ni nak g jakarta..huhu

Zulasri Ashaari on July 29, 2013 at 12:23 AM said...

NICE INFO : KUNJUNGI AKU JUGA KAY http://ehbloger.blogspot.com/2013/07/cinta-ibu-kepada-anaknya-dan-cinta.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!