Sunday, July 28, 2013

Inilah tujuh Masjid yang menjadi tarikan di Madinah


Inilah tujuh Masjid yang menjadi tarikan di Madinah | Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di Madinah, selain melawat Masjid Nabi, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat masjid-masjid kecil yang dikenali sebagai 'Tujuh Masjid'. Masjid tersebut adalah Masjid Dua Kiblat, Masjid Al-Fath, Masjid Salman Al-Farisi, Masjid Abu Bakar Al-Siddeeq, Masjid Umar ibn Al-Khattab, Masjid Ali ibn Abi Talib dan Masjid Fatimah Al-Zahra. Pengunjung kebiasaannya akan melawat enam buah masjid kecil di wilayah itu dan menambah satu lagi masjid, bagi melengkapkannnya menjadi tujuh iaitu 'Masjid Dua Kiblat' yang terletak kira-kira satu kilometer dari yang lain.

Masjid terbesar daripada tujuh masjid itu adalah Al-Fath yang dibina pada zaman pemerintahan Gabenor Madinah, Umar ibn Abdul Al-Aziz dari 87 Hijrah hingga 93 Hijrah (705 Masehi hingga 711 Masehi)) dan dibina semula pada 575 Hijrah (1179 Masehi). Masjid Fatimah Al-Zahra yang dikenali sebagai Masjid Mus'ad ibn Mo'az adalah masjid yang terkecil daripada kumpulan itu dengan keluasan empat meter panjang dan tiga meter lebar. Ia mempunyai struktur yang sama dengan masjid lain di kawasan itu dan dibina semasa era Uthmaniyyah, kemungkinan besar semasa pemerintahan Sultan Abd Al-Majid pada 1851. - AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

Nour Adieb on July 28, 2013 at 3:07 PM said...

subhanAllah :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!