Menarik membaca kisah ini, hasil tulisan penulis Mardihah. Novel ini mengisahkan seorang chef, Izz Amir yang jatuh cinta kepada Yaya, seorang gadis yang dilihatnya memayungkan si ibu ketika hari hujan. Sejak itu, cintanya mekar dihati dan dia berusaha memiliki hati Yaya. Yaya juga berniat menjadi seorang chef, demi meneruskan impian arwah abahnya. Namun cinta yang baru berputik dalam hati Yaya, rupa-rupanya menjadikan dia seorang yang sabar untuk terus mencintai Izz Amir. Cinta mereka terhalang kerana umi Izz Amir sudah ada pilihan menantu. Nekad memilih Yaya menjadi teman hidupnya, Umi membuang Izz Amir dalam hidupnya. Izz Amir dibiarkan hidup merempat tanpa memiliki apa pun melainkan cintanya buat Yaya dan seorang rakan baik yang dianggapnya seperti adik sendiri.
Dalam satu kejadian, membuatkan Yaya menyimpan rasa benci buat Izz Amir. Dia tekad melupakan lelaki itu, dan membawa diri ke Paris. Namun sebenarnya Izz Amir sentiasa setia dan sabar mendampinginya walaupun tanpa Yaya sedari. Izz Amir menjadi seorang yang sering sakit, kurus dan tak terjaga. Berusaha mencari kerja sambilan, demi kasih sayangnya pada Yaya dan menyediakan kos perubatan buat sahabat yang tenat menghidap penyakit kanser usus.
Novel ini lengkap ditulis dengan kisah suka duka dan tidak dinafikan, kisah yang boleh dijadikan teladan. Cerita Izz Amir yang begitu tulus menyintai Yaya. Dan kisah Yaya yang juga memiliki hanya satu cinta. Iaitu buat lelaki yang bernama Izz Amir. Dapatkah mereka bersatu pada akhirnya??
Tajuk : Mr. Pai EpalPenulis : MardihahHalaman : 753 muka suratHarga : RM28/RM31
P/S - Fully recommended by Lulu Caldina
.
7 Penyokong CHELSEA:
jemput join
http://www.iuzira.com/2013/07/contest-blogger-jejaka-jambu.html
rajinnya lulu..akak buku yg beli masa ekspo thn lepas pun tak abis baca lg..
@Rozita baca mmg rajin kak ita, masalahnya, dah baca beberapa buku tapi belum review.. hehe kena tunggu giliran
Akak dah beli dah novel ini tapi belum sempat baca lagi.. :)
@Rinna ceritanya best tau kak ;)
@Lulu Caldina terima kasih sejuta bintang untuk review ini. ;)
@mardihah sama-sama, sabar menunggu sambungannya ;)
Post a Comment