Thursday, August 1, 2013

Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat Maut Kemalangan



Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat Maut Kemalangan  | Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis. Jurucakap polis Petaling Jaya berkata kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya. Beliau berkata Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya. Chua yang berasal dari Bukit Cina, Melaka merupakan antara pemain hoki paling lama bermain untuk skuad kebangsaan. Mendiang mula beraksi untuk pasukan negara sejak berusia 17 tahun pada 1998. -Mstar



P/S - Minat dia masa zaman kegemilangan sukan hoki negara.. :(





.

7 Penyokong CHELSEA:

♥ Vna ♥ on August 1, 2013 at 9:52 AM said...

takziah..sedihnya

wina pun mmg minat dia dulu lulu, especially time sukan komanwel kat malaysia dulu kan hoki tgh top..

Alin Marlini on August 1, 2013 at 10:20 AM said...

Malaysia kehilangan pemain...

mike kaka said...

kehilangan bintang hoki negara =(

mike kaka said...

kehilangan bintang hoki negara =(

boni kacak on August 1, 2013 at 11:54 AM said...

dia ni memang seorang pemain hoki yang berbakat dalam Malaysia.. hilangnya seorang permata...

aizamia3 on August 1, 2013 at 12:25 PM said...

Moga pihak berkenaan membantu keluarga mendiang.
Jangan dilupakan jasa yang telah beliau hulurkan untuk negara.

Wunan on August 1, 2013 at 9:32 PM said...

Kehilangan nama besar dalam sukan hoki.....condolence to his family

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!