Friday, August 9, 2013

Gempar : Bandar ini akan lenyap menjelang 2025



Gempar : Bandar ini akan lenyap menjelang 2025 | Sebuah bandar kecil yang diberi nama Kivalina, yang merupakan sebuah perkampungan nelayan di Alaska bakal lenyap menjelang 2025 akibat pemanasan global. Pemanasan air laut dan permukaan ais yang mencair selama dua dekad menyebabkan perkampungan yang terletak berhampiran Laut Bering itu mudah terdedah kepada ribut. Menurut laporan BBC, pantai Kivalina telah mengecil sejak dua dekad lalu menyebabkan tentera Amerika Syarikat (AS) menjangkakan ia tidak boleh didiami dalam tempoh 12 tahun lagi.

Perkampungan kecil nelayan itu didiami beberapa suku kaum Asli Alaska. Kerajaan AS terpaksa membelanjakan kira-kira AS$400 juta (RM1.29 bilion), semata-mata untuk memindahkan suku kaum Asli tersebut dari situ. "Jika kami kekal di sini dalam tempoh 10 tahun akan datang, akan berlaku banjir atau kami akan mati di sini. ''Atau kami perlu berpindah ke tempat lain," ujar pemimpin Kivalina, Colleen Swan. Akhbar New York Times pada tahun lalu melaporkan penduduk Kivalina pernah dipaksa berpindah pada 1992 ke penempatan lain kerana masalah tersebut. - AGENSI




.

2 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on August 9, 2013 at 3:21 PM said...

elok juga dorang berpindah.. nampak macam tak lama je lagi dapat bertahan tu.hehehe

Unknown on August 9, 2013 at 6:59 PM said...

baik la berpindah dengan segera...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!