Remaja 13 tahun ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan! | Seorang remaja bertindak membunuh ibu bapa, nenek dan ibu saudaranya, sebelum membunuh dirinya sendiri selepas seharian berada di sekolah, semalam. Kelima-lima mayat itu ditemui awal pagi semalam di dalam dua buah rumah di utara Sao Paulo. Menurut jurucakap polis Sao Paulo, Itagiba Franco, kesemua bukti menunjukkan remaja berusia 13 tahun itu, yang dikenali sebagai Marcelo Pesseghini membunuh kedua orang tuanya dan ahli keluarga yang lain. Siasatan forensik sedang dijalankan, tetapi menurut polis, ibu bapa remaja itu mungkin dibunuh pada petang Ahad atau pagi Isnin lalu.
Pesseghini didakwa telah memberitahu seorang rakannya bahawa dia mahu membunuh ibu bapanya dan menjadi orang buruan, kata Franco. "Dia sentiasa memberitahu saya, dia mahu menjadi pembunuh upahan. Dia mempunyai rancangan untuk membunuh ibu bapanya pada waktu malam, supaya tiada siapa yang melihat, dan melarikan diri menggunakan kenderaan keluarganya," kata polis yang memetik kata kawannya itu, yang enggan dikenali. Remaja itu mati dengan kesan tembakan di kepala. Revolver milik bapanya seorang pegawai polis ditemui dekat mayat remaja itu, kata komander polis Sao Paulo, Benedito Roberto Meira. - AFP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment