Seorang lelaki yang liar, suka berpeleseran dan playboy bernama Rayyan, tiba-tiba mencari calon isteri yang berlatar belakang kuat agama dan bertudung seperti Aleeya. Ini disebabkan Rayyan ingin berubah dan meninggalkan gaya hidupnya sebelum ini. Pada mulanya, Aleeya memang sudah bertunang. Namun apabila tunang Aleeya di tangkap khalwat dan berkahwin dengan wanita itu, keluarga Aleeya menanggung malu kerana perkahwinan itu tidak jadi.
Rayyan yang sudah jatuh hati dengan Aleeya nekad memperisterikan wanita itu. Dia menemui kedua ibu bapa Aleeya, dan peliknya, bila lamaran itu diterima walaupun penampilan Rayyan yang serba tidak kena ketika itu, terutama memakai rantai emas. Dan bagaikan mimpi, segala-galanya berlaku begitu pantas dan sedar-sedar saja mereka telah disatukan. Jelas, setelah menjadi suami Aleeya, Rayyan mula berubah. Walaupun dia masih meneruskan aktivitinya ke kelab malam, lepak dengan keluarga kat situ, tapi Rayyan sudah mula menjauhi minuman keras.
Rupa-rupanya ada kisah disebalik kehidupan bebas keluarga Rayyan. Dan memang ada hikmah rupanya menjadi suami Rayyan. Aleeya yang mula mencintai suaminya, bersyukur dengan perubahan-perubahan positif Rayyan dalam menjadi seorang muslim yang sebenar.
Tajuk : Pengantin EkspresPenulis : Pitteriah AbdullahHalaman : 515 muka suratHarga : RM19.90/RM 22.90
P/S - Recommended by Lulu Caldina
.
2 Penyokong CHELSEA:
Macam menarik.
wah..nice ni..
Post a Comment