Sunday, September 22, 2013

13 JAM A380 - EVELYN ROSE




Bila dapat tahu penulis ni ada novel baru, terus jer beli online, mmg sangat tak sabar. Dan benarlah, selepas THE WEDDING BREAKER, novel 13 JAM A380 ini juga tak kurang hebatnya. Memang kena sangat dengan jiwa dan raga lulu hehe..

Novel mengisahkan Hana Sofea yang menaiki penerbangan MAS A380 ke London untuk menyambung pelajaran PHD, menemui jejaka idamannya, Syed Haydar. Benar, impiannya besar, untuk menemui lelaki itu. Dan Impian itu benar-benar menjadi kenyataan. Hanya kerana kesilapan teknikal, tempat duduknya juga milik penumpang lain, dan dia dipindahkan ke kabin kelas pertama. Perjalanan selama 13 jam, terasa sangat singkat malah mereka sempat bergelar kekasih selama 4 jam. Menari bersama, menjelajah seluruh pesawat dan merasai enaknya Caramel Latte. Sungguh, perasaan Hana Sofea semakin mendalam buat jejaka itu.

Namun setibanya di London, mereka berpisah dan Hana Sofea akur, dia perlu sedar realiti sebenar. Di kota London, Hana Sofea mula rapat dengan Fawwaz Hussaini dan keluarganya, jutawan yang punya anak angkat, Emmel yang menyangka Hana Sofea adalah ibunya. Kerana kasihkan Emmel, Hana Sofea bersetuju menjadi pengasuh sambil meneruskan pelajaran. Tiba hari Syed Haydar pulang ke Malaysia, Hana Sofea bergegas ke lapangan terbang, dengan penuh harapan. Namun kecewa, apabila melihat jejaka itu bersama kekasih realitinya.. Selepas itu, Hana Sofea belajar melupakan Syed Haidar, sehinggalah dia dan Fawwaz mula merancang untuk mendirikan rumah tangga. Malah Hana Sofea mula berubah dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Namun, satu hari kemunculan Syed Haydar membuatkan Hana Sofea terkejut, apatah lagi apabila Syed Haidar dengan yakin mengatakan Sofea Hana hanya untuknya. Rancangan Hana Sofea dan Fawwaz untuk mendirikan rumah tangga, tidak sedikit pun mematahkan semangat Syed Haydar untuk memiliki gadis kesayangannya.. Apa akan terjadi dengan Syed Haydar, Hana Sofea dan Fawwaz Hussaini? Mari miliki novel yang sangat menarik ini. Dan nampaknya ada juga terselit watak Ariana Rose dan suaminya (The Wedding Breaker) dalam novel ini.. :)


Tajuk : 13 Jam A380
Penulis : Evelyn Rose
Halaman : 752 muka surat
Harga : RM28/RM31




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina





.

8 Penyokong CHELSEA:

Unknown on September 19, 2013 at 3:08 PM said...

salam ziarah..

lulu.. siyes best novel ni.. ai dah baca last week.. smpi sekarang terbayang2 citer ni...

kikikiki

Unknown on September 20, 2013 at 11:10 PM said...

dua hari lepas dah nampak buku ni kat kedai tapi dah pegang letak balik.oooo...ruginya!

tapi selepas membaca review cik lulu ni, rasa tak sabar2 mahu kembali ke kedai tu. nak grab terus kali ni!

thanx!

Lulu Caldina on September 20, 2013 at 11:50 PM said...

@Sue Sopian kan.. :)

Lulu Caldina on September 20, 2013 at 11:51 PM said...

@dhuhasteffa novel hah hah, tak tau.. belilah, mmg x rugi sbb best sgt :)

Evelyn Rose on September 22, 2013 at 10:19 AM said...

Thanks a lot Lulu sudi bagi review and suggest it :) <3

Lulu Caldina on September 22, 2013 at 7:52 PM said...

@Evelyn Rose welcome Iman :)

Unknown on September 23, 2013 at 11:53 AM said...

Tak sempat lagi beli..mcm mana hepi ending ke?

Lulu Caldina on September 23, 2013 at 2:22 PM said...

@nor jihan Saleh ya happy ending :D

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!