Awas, kenali wang palsu | Seorang peniaga lemang kecewa apabila ada pelanggan tergamak menipunya dengan membayar harga makanan itu menggunakan sekeping wang RM100 palsu. Pengusaha lemang Mat Keroncong, Fauzi Abdul Rahman, 46 berkata, dia menyedari wang itu palsu ketika membayar harga makanan di sebuah restoran di sini kelmarin. Menurutnya, pekerja restoran terbabit curiga dengan wang tersebut lalu meminta dia membayar dengan wang lain. “Mujurlah saya ada wang lain ketika itu dan membayar segala harga makanan yang dipesan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Dia berkata, kerana menggunakan wang palsu tanpa disedari itu dia nyaris dituduh menipu dan melanggar undang-undang. “Mujurlah peniaga itu faham kerana sebagai peniaga ramai yang ’terkena’ dengan wang palsu ini,” katanya.
Fauzi berkata, dia percaya wang itu diterima ketika berniaga lemang di gerainya di Simpang Tanjung Pasir, Jalan Sungai Lembing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha lepas. "Masa itu ramai pelanggan yang singgah membeli jadi saya dan isteri tidak sempat meneliti setiap wang yang dibayar. “Mungkin dalam ramai-ramai itu ada yang mengambil kesempatan menggunakan wang palsu untuk membeli lemang bagi ‘menghalalkan’ wang baki yang diterima. “Kemungkinan juga pelanggan itu pun tidak menyedari wang itu palsu jadi saya anggap semua ini bukan rezeki,” katanya. Dia berkata, sejak menjalankan perniagaan lemang di gerainya, itulah kali pertama dia menerima wang palsu.
“Memang susah untuk mengenal pasti sama ada wang itu tulen atau palsu jika tidak diteliti namun bagi yang tahu ada beberapa ciri yang mudah untuk dicamkan,” katanya. Fauzi berkata, sepanjang berniaga lemang, jarang pelanggan membayar dengan not RM100 selalunya not RM10 hingga RM50. “Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini supaya semua peniaga lebih berhati-hati bagi mengelak perkara seperti ini terus berulang. “RM100 cukup besar bagi peniaga kecil jadi amat malang jika hasil titik peluh untuk menyara keluarga dibayar sesetengah individu tidak bertanggung jawab dengan wang palsu,” katanya. -SH
.
3 Penyokong CHELSEA:
pernah dapat duit palsu.. huhu.. rm1..
nampak sgtlah perbezaannya tuuu...
kadang2 nak cepat jadi tak perasan pun
Post a Comment