Sunday, October 20, 2013

Bayi ini mencipta keajaiban tersendiri



Bayi ini mencipta keajaiban tersendiri | Seorang bayi di Leicester, Britain mencipta keajaiban apabila masih hidup selama setahun, walaupun menghidap sindrom Patau, yang kebiasaannya akan menyebabkan pesakit yang menghidapnya mati dalam tempoh beberapa hari selepas dilahirkan. Malah, ibu dan bapa bayi terbabit, Simon dan Melanie terpaksa menyelamatkan Jess Kerr sebanyak lima kali sehari kerana penyakit ganjil itu membuatkan anak mereka lupa cara untuk bernafas. Pada usia 14 minggu, Kerr dikesan mempunyai tiga salinan kromosom, 13 pada setiap sel berbanding dua salinan, sekali gus membuatkan bayi itu terlupa untuk bernafas dan warna kulitnya akan bertukar biru.

 Melanie yang mempunyai lima orang anak berkata, dia berasa sedih apabila doktor memaklumkan keadaan Kerr, lebih-lebih lagi apabila diberitahu bayi yang menghidap sindrom itu tidak akan hidup lama. Jelasnya, dia dan suaminya menghadapi detik-detik sukar untuk menyelamatkan Kerr sebanyak lima kali sehari bagi memastikan anak mereka itu terus hidup. "Pada mulanya, Kerr hidup selama empat minggu, kemudian pada Hari Krismas dan kini berjaya menyambut hari lahir pertamanya, semalam.

"Malah semua usaha kami berbaloi apabila pemeriksaan doktor, baru-baru ini menunjukkan Kerr mempunyai peluang sebanyak 85 peratus untuk sihat semula dan menjalani kehidupan normal," katanya. Melaine berkata, sambutan hari lahir pertama Kerr merupakan hari yang istimewa dan penting buat mereka sekeluarga. "Kami membawa dia ke pusat permainan bersama rakan yang lain dan pada hujung minggu ini kami akan mengadakan parti keluarga," katanya. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!