TERIMA KASIH CINTA - LYA ZARA | Novel yang ditulis oleh Lya Zara ini memang tidak mengecewakan walaupun ini adalah hasil tulisan pertama penulis berbakat ini. Mengisahkan mengenai Amani.. pertemuan yang tidak disangka dengan seorang lelaki 'tidak berperasaan' ketika bergegas menghadiri satu temuduga. Ya, akibat lelaki itu tidak mahu beralah ketika mendapatkan teksi, dia gagal hadir dalam temuduga itu. Namun takdirnya menemui lelaki yang sama, Zafran yang memang persis pelakon Adi Putra, ketika menghadiri satu lagi temuduga. Dia berjaya dalam temuduga itu dan menjadi setiausaha Zafran si singa jantan yang seringkali membuatkan Amani pening kepala.
Entah bagaimana, hati Zafran tiba-tiba terusik dengan Amani, gadis kampung yang benar-benar tidak pandai bergaya. Niatnya ingin menjauhkan diri daripada Amani lantaran kenangan silam yang pahit, membuatkan hatinya semakin terikat pula. Dan niatnya untuk memperisterikan Amani, semakin kuat kerana Amani juga menjadi pilihan uminya. Kehidupan setelah bergelar suami isteri memang sangat indah. Namun ada kejadian misteri dan dugaan besar menimpa hubungan mereka, satu-persatu yang pada akhirnya menjadikan mereka lebih tabah. Siapa sangka walaupun ada perbezaan yang jelas diantara Amani dan Zafran, mereka bahagia menjalin cinta dan kasih..
"Saya tak mencari wanita yang sempurna untuk menjadi isteri saya. Saya cuma inginkan seorang wanita yang sudi menjadi pelengkap kepada kekurangan saya. Membuatkan saya berasa bahagia dan berasa beruntung kerana memiliki dia. Dan bila saya pejam mata, saya nampak awak sebagai wanita itu."
Tajuk : Terima Kasih CintaPenulis : Lya ZaraHalaman : 426 muka suratHarga : RM19/RM22
P/S - Fully Recommended by Lulu Caldina
.
1 Penyokong CHELSEA:
assalamualaikum Lulu....macam best jer jln cerita novel ni...:)
Post a Comment