Wednesday, October 16, 2013

Gambar Kain penutup Kaabah ditukar dengan kiswa bersulam emas, perak


Gambar Kain penutup Kaabah ditukar dengan kiswa bersulam emas, perak | Kain hitam dengan sulaman emas yang menutupi Kaabah atau lebih dikenali sebagai kiswa, ditukar pada pagi ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci di sini hari ini. Setiap tahun, kain kiswa tersebut akan diserahkan kepada penjaga Kaabah, Sheikh Abdul Qadir al-Shaibi bagi menggantikan penutup Kaabah yang lama. Ketua Pengarah Kilang Kiswah, Dr. Mohamed Abdullah Pajudeh berkata, seramai 240 orang pekerja bertugas menyiapkan kain tersebut yang dianggarkan bernilai lebih dari SR22 juta (RM 18.6 juta).


"Sebanyak 700 kilogram sutera dan 120 kilogram dawai diperbuat dari emas dan perak digunakan dalam proses pembuatan kain ini," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, pejabat Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci minggu lalu mengumumkan, kunci Kaabah akan digantikan dengan yang baru sempena musim haji tahun ini dan diserahkan kepada penjaga Kaabah yang dipanggil Sadin. Permintaan untuk menggantikan kunci yang lama dengan yang baru dibuat oleh bekas Sadin, Sheikh Abdul Aziz Al-Shaibi.


Abdul Aziz ketika itu menulis sepucuk surat kepada Raja Abdullah memaklumkan kesukaran yang dihadapinya ketika melakukan proses pembersihan Kaabah. Hasilnya, kunci tersebut telah dibawa ke bengkel khusus untuk penyelenggaraan dan berjaya dikembalikan semula selepas kerja-kerja yang mengambil masa selama 12 jam siap. - AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on October 16, 2013 at 4:49 PM said...

Alhamdulillah :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!