Saturday, October 12, 2013

Kenali Takuhiro Nakai, digelar Messi Jepun yang bakal bermain untuk Real Madrid


Kenali Takuhiro Nakai, digelar Messi Jepun yang bakal bermain untuk Real Madrid | Seorang budak lelaki yang berbakat besar dalam bola sepak dan digelar 'Messi Jepun' kini bakal mengasah kemahirannya di akademi bola sepak remaja Real Madrid. Takuhiro Nakai, yang baru berusia sembilan tahun, menerima tawaran untuk bersama akademi milik kelab gergasi Sepanyol itu, demikian lapor penyokongnya hari ini.

“Dia amat teruja sekali untuk ke Madrid," kata Naosuke Takahashi, kakitangan E+U, iaitu sebuah firma yang membantu program pembangunan bola sepak remaja Real Madrid di Jepun. “Apa yang istimewa Takuhiro ialah kemahirannya mengawal dan mengelecek bola. Seorang budak usia begini dengan skil dan kawalan bola yang hebat, membuatkannya amat istimewa sekali," kata Takahashi. - AFP



.

1 Penyokong CHELSEA:

Kai Ssi on October 12, 2013 at 9:07 PM said...

wah bangga ade pemain dari asia bermain di kelab yang top!

http://abgdude.com

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!