Sunday, October 27, 2013

NAK BERCINTA DENGAN SAYA TAK? - KATRINA ADAM




NAK BERCINTA DENGAN SAYA TAK? - KATRINA ADAM | Menarik cerita novel ini. Penulis berani mengangkat masalah 'gay' dan homoseksual, yang semakin menjadi serius dalam masyarakat kita hari ini. Bijaknya, penulis menyelitkan hadis-hadis dan kata-kata pengajaran. Rasanya setakat ini takde lagi novel yang betul-betul menyentuh perlakuan sensitif dan dianggap taboo dalam masyarakat ini. Dalam agama islam, perlakuan ini ditegah dan berdosa besar jika melakukannya. Namun tak ramai yang suka membicarakannya. Dan menerusi novel ini, bukan saja kita dihidangkan dengan kisah perjalanan hidup seorang wanita tabah, Juliana Maz, namun kita juga akan memperolehi banyak pengetahuan mengenai masalah ini, disamping mendapat pengajaran daripadanya.

Juliana Maz, menyintai Eizham, yang menganggapnya hanya adik angkat. Disebabkan perasaan itu, dia sanggup diarah-arah oleh Eizham menyiapkan kertas kerjanya. Setiap kali berbual dengan Eizham di telefon mahupun ketika bertemu, tiada lain yang diharapkan oleh Juliana Maz daripada Eizham melainkan kata-kata cinta dan rindu. Namun hampa. Disebabkan statusnya sebagai 'adik angkat' maka tidak hairanlah Juliana Maz serasi bersama ibu Eizham, Puan Mazwin. Melangkah ke alam pekerjaan, Fatin Nabiha, rakan baik Juliana Maz, sering mengingatkannya untuk menjauhkan diri daripada Eizham kerana Eizham seorang yang mengamalkan gaya hidup sonsang, namun Juliana Maz enggan mempercayainya . Rahsia seorang lelaki bernama Eizham yang tersimpan kemas tanpa pengetahuan orang lain, berterusan sehingga dia akur menikahi Juliana Maz atas permintaan ibunya.

Malam pertamanya, dihabiskan bersama 'lelaki' lain. Seksanya kehidupan Juliana Maz selama menjadi isteri Eizham. Dia dilayan kasar dan acuh tak acuh, sementara Eizham semakin hanyut dengan dunianya. Apabila Juliana Maz mendapati dirinya hamil, Eizham mengamuk kerana tidak mahukan anak, dan kerana kekasarannya, Juliana Maz keguguran. Juliana Maz yang tabah, sekali sekala terhibur dengan layanan baik adik iparnya, Arfaazreen yang sebenarnya ada perasaan cinta yang mendalam padanya. Dalam marah, Eizham melafazkan cerai buat Juliana Maz. Dan bermula daripada itu Juliana Maz nekad membawa diri mengubati hati yang lara, bersama anak yang dikandungnya tanpa pengetahuan orang lain. Mujurlah ada Hani Radiatul, rakannya yang sudi membantunya.


Peritnya hidup bersendirian ditempat orang. Apatah lagi dia sedang hamil. Ada ketika dia hairan dengan perasaan sendiri. Lama menyintai bekas suami, dan sehingga ke waktu itu, dia terkilan kerana tidak mampu membawa Eizham berubah. Dan pada waktu yang sama, dia merindui Arfaazreen yang sentiasa ada bersamanya. Novel yang hebat, diolah dengan baik dan mudah difahami. Lengkap dengan kisah cinta, pengorbanan, ketabahan, pengajaran dan dendam yang wajar dijadikan koleksi bahan bacaan. Syabas penulis!!


Hadis riwayat Ibnu Abbas RA, dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda :
Ertinya : Allah melaknat siapa saja yang
berbuat seperti perbuatan kaum Luth. Allah 
melaknat siapa saja yang berbuat seperti 
perbuatan kaum Luth. Allah melaknat siapa 
saja yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth.
 


Tajuk : Nak Bercinta Dengan Saya Tak?
Penulis : Katrina Adam
Halaman : 616 muka surat
Harga : RM24/RM27




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

1 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on October 25, 2013 at 11:42 PM said...

selamat membaca...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!