Thursday, October 24, 2013

Siapa sebenarnya pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank ambank?


Siapa sebenarnya pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank ambank? | Pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dipercayai merupakan warga asing. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar mengesahkan bahawa suspek menggunakan kad pengenalan palsu. "Laporan awal mendedahkan bahawa suspek mungkin warga Indonesia," katanya ketika dihubungi pada Khamis. Beliau menambah, dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai rakan kepada suspek telah ditahan bagi membantu siasatan. Abdul Rahim menafikan spekulasi bahawa suspek telah ditahan.

"Kami percaya dia masih di Selangor," katanya. Tambahnya, beberapa jam selepas kes rompakan itu, khabar angin menerusi SMS tersebar mengenai suspek ditahan ketika cuba untuk menaiki pesawat di lapangan terbang di sini. "Itu tidak benar... orang ramai jangan percaya terhadap maklumat palsu yang tersebar," katanya. Beliau menambah, polis turut menyiasat syarikat keselamatan yang mengambil pengawal keselamatan yang memiliki MyKad palsu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata, satu pasukan petugas telah ditubuhkan berikutan kejadian rompakan itu yang berlaku pada Rabu.

Beliau menambah, maklumat mengenai kad pengenalan palsu itu menunjukkan nama Ardi Hamza (770818-12-6721) dari Tawau, Sabah. "Pihak bank belum lagi memaklumkan kepada polis mengenai berapa banyak wang yang telah dirompak dalam kejadian itu," katanya. Sementara itu, bank di mana kejadian rompakan dan bunuh itu berlaku telah ditutup sehingga Isnin depan bagi memudahkan siasatan dijalankan.


KDN Batal Lesen Operasi Syarikat Keselamatan 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan lesen operasi syarikat keselamatan yang bertanggungjawab untuk mengambil pengawal yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu kejadian rompakan di Selangor pada Rabu. Syarikat keselamatan swasta terbabit didapati telah melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971, kata Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata, firma keselamatan itu tidak menjalankan pemeriksaan keselamatan terhadap pengawal yang akan bertugas.

"Syarikat itu mempunyai lesen senjata api tetapi anggota keselamatan yang akan diambil bertugas itu perlu mendapat kelulusan melalui semakan pihak polis, termasuk tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan dilatih untuk mengendalikan senjata api. "Kita telah membuat keputusan untuk membatalkan lesen (syarikat keselamatan) mereka berkuat kuasa serta-merta dan kita dalam proses mempergiatkan pemantauan terhadap syarikat keselamatan berhubung penggunaan senjata api," kata Alwi pada sidang media di sini, Khamis. -Mstar




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!