Wednesday, October 30, 2013

Video lelaki Arab pukul pekerja asing kerana didakwa memandang isterinya


Video lelaki Arab pukul pekerja asing kerana didakwa memandang isterinya | Aktivis hak asasi manusia di Arab Saudi mengecam satu video yang memaparkan seorang lelaki di negara ini sedang memukul seorang pekerja asing kerana didakwa memandang isterinya. Dalam rakaman video itu, seorang lelaki pekerja asing yang memakai baju berwarna jingga dilihat terbaring di hadapan seorang lelaki Arab yang memakai jubah putih. Pekerja asing yang dipercayai berasal dari Asia itu kelihatan menangis selepas ditampar dan dipukul di muka berulang kali. Menurut laman web berita al-Arabiya, lelaki Arab itu menuduh pekerja asing itu berbual dengan isterinya. Mangsa turut dipukul dengan tali pinggang, ditendang, dicekik, sambil dia meraung kesakitan.

Rakaman yang diambil oleh orang ketiga itu dan disebarkan di Internet telah mengundang kecaman daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi. Jurucakap Suruhanjaya itu, Ibrahim al-Shadi berkata, mereka telah menerima banyak aduan tentang insiden tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar hak keselamatan serta maruah mangsa. Katanya, perbuatan itu juga bertentangan dengan hukum syariah dan mereka kini sedang menyiasat kes berkenaan. Setakat ini identiti suspek serta lokasi kejadian masih tidak diketahui. - AGENSI




.

1 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on October 31, 2013 at 12:36 AM said...

Orang arab kuat cemburu.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!