Wednesday, October 30, 2013

Bayi malang ini didera dengan cara yang paling sadis


Bayi malang ini didera dengan cara yang paling sadis | Perancis digemparkan dengan insiden penemuan seorang bayi perempuan dalam keadaan lemah di dalam but sebuah kereta, di sini semalam. Bayi perempuan yang dianggarkan berusia 15 hingga 23 bulan tersebut, dipercayai ditinggalkan ibunya di dalam but kereta itu setiap hari sejak dia dilahirkan. Menurut polis, bayi itu ditemui dalam keadaan berbogel dan bergelumang dengan najisnya oleh seorang mekanik, Guillaume Iguacel, apabila ibunya menghantar kereta itu ke sebuah bengkel, di sini. "Iguacel terdengar bunyi pelik dari arah but kereta itu sebelum membukanya dan mendapati ada seorang bayi perempuan yang tidak berbaju dan berada dalam keadaan lemah," jelas polis.

Bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan mengalami masalah tumbesaran dan mental. Seorang pendakwa raya, Jean-Pierre Laffite berkata, bayi itu dipercayai disembunyikan oleh ibunya atas sebab-sebab tertentu.


Ibu bayi itu yang berusia 45 tahun serta pasangannya ditahan dan didakwa kelmarin atas tuduhan mendera serta mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Kedua-dua mereka bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan. Ibu bayi tersebut memberitahu polis bahawa dia melahirkan anaknya secara rahsia dan menyembunyikan bayi itu daripada semua pihak termasuk pasangannya. Pasangan itu mempunyai tiga lagi anak terdiri daripada seorang perempuan berusia empat tahun dan dua lelaki berusia sembilan dan 10 tahun yang kini diletakkan di bawah penjagaan pusat kebajikan. - AFP





.

1 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on October 30, 2013 at 8:44 PM said...

macam-macam manusia sekarang

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!