Monday, December 2, 2013

BUKAN ISTERI SEMPURNA - TULIP UNGU




BUKAN ISTERI SEMPURNA - TULIP UNGU | Nina mengalami peristiwa hitam, diperkosa oleh anak majikan ibunya sendiri, Danish yang merupakan saudara kembar kepada Daniel. Akibatnya, Nina hamil dan ibu Nina minta Danish untuk bertanggungjawab. Namun kehilangan Danish membuatkan Daniel yang terpaksa menggalas tanggungjawab itu dan akur mengahwini Nina. Setelah menjadi isterinya, kehidupan mereka tidak seperti suami isteri yang lain. Sedar diri, Nina akur dengan layanan dingin suaminya. Suatu hari apabila mummy dan daddy Daniel keluar negara, Nina keguguran.

Sebaik habis berpantang, Nina redha membawa diri walaupun dia tetap digantung tak bertali kerana tidak diceraikan. 5 tahun kemudian, tanpa disangka mereka bertemu semula. Daniel bagaikan terpukau melihat penampilan Nina yang sudah jauh berubah. Tapi yang menghairankan Daniel, Nina seolah-olah tidak mengenalinya. Daniel yang mula menyayangi Nina, agak tercabar menyaksikan bila mana ada lelaki lain yang mulai menyimpan hati dengan isterinya dan terang-terangan menggoda Nina dihadapannya. Walaupun dalam hati ada rasa cinta dan sayang buat suaminya, Nina sedar dia bukanlah isteri yang sempurna buat lelaki sebaik Daniel.

Satu hari Danish muncul semula dan berniat merampas kembali Nina yang sepatutnya menjadi haknya. Nina memang langsung tidak ingin menerima Danish walaupun Danish melakukan beberapa usaha untuk memisahkan pasangan suami isteri itu. Wujudnya kebahagiaan antara Nina dan Daniel, tercemar disebabkan satu insiden salah faham. Daniel berubah sekelip mata dan kebahagiaan yang sepatutnya diraih semakin jauh meninggalkan mereka. Mampukah Nina akhirnya merasa bahagia?



Tajuk : Bukan Isteri Sempurna
Penulis : Tulip Ungu
Halaman : 584 muka surat
Harga : RM24/RM21




P/S - Recommended By Lulu Caldina





0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!