Inilah lokasi panas golongan homoseksual melakukan kegiatan tidak bermoral | Beberapa kawasan rekreasi seperti Taman Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Kelana Jaya dikesan menjadi ‘port’ golongan homoseksual untuk melakukan kegiatan tidak bermoral dari tengah malam hingga subuh. Menurut seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Azizi, 38, dua taman rekreasi itu seolah-olah menjadi lokasi wajib bagi golongan homoseksual berkumpul terutama pada hujung minggu. “Setiap Sabtu dan Ahad, pasti ramai yang berkumpul di sini. Kawasan gelap sama ada di tempat parkir mahupun tepi tasik seolah-olah menjadi bonus kepada mereka untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak berfaedah. “Kegiatan sumbang mereka itu pernah beberapa kali mendapat laporan di media masa malah pihak polis juga sering melakukan rondaan sebelum mengarahkan kumpulan lelaki berkenaan pulang atau bersurai. “Namun, sehingga kini mereka terus berdegil dan masih juga berkumpul seperti biasa,” katanya.
Dakwaan Azizi ada benarnya apabila tinjauan selama dua hari berturut-turut mendapati terdapat puluhan kenderaan dan motosikal datang ke situ bermula seawal jam 12 tengah malam. Bilangan kenderaan dan orang semakin bertambah sekitar jam 3 pagi dipercayai selepas waktu operasi kelab malam di sekitar Bukit Bintang tamat. Namun apa yang menghairankan kelibat beberapa remaja termasuk yang bertubuh kecil dipercayai berumur bawah 18 tahun turut berkeliaran di sekitar tasik dan stadium bola sepak. Ada kalanya kumpulan remaja itu berdiri di satu sudut sebelum menahan beberapa kenderaan yang bergerak perlahan di kawasan berkenaan. Menurut Azizi, kumpulan remaja terbabit sebenarnya menawarkan khidmat seks (money boy) kepada golongan homoseksual yang membawa kenderaan berkenaan. “Biasanya mereka akan mendekati kenderaan yang berhenti berhampiran dengan mereka sebelum menawarkan khidmat seks dengan bayaran sekitar RM50.
“Bahkan, ada juga yang sanggup dibayar RM10 bagi aksi ‘ringan-ringan’ sekadar cukup lepas membeli rokok. Cukup menyedihkan apabila sejak kecil lagi, golongan ini sudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat dan maksiat. “Sekarang 1 pagi, tapi kumpulan remaja ini masih lagi berkeliaran. Kadangkala terdetik di hati saya, di mana ibu bapa remaja ini seolah-olah tidak peduli atau memantau perilaku anak yang sepatutnya berada di rumah,” katanya. Tinjauan wartawan bersama jurugambar di sekitar tasik mendapati keadaan gelap dan tersorok termasuk kawasan semak menjadi pilihan beberapa lelaki untuk melakukan aktiviti tidak sihat. Malah, ada juga yang tanpa segan silu berpelukan dan bercumbuan tanpa mempedulikan kehadiran orang lain yang memerhatikan tingkah mereka serta gigitan nyamuk di situ.
Menurut Azizi, senario itu satu perkara biasa berlaku di tasik berkenaan kerana itu adalah antara tujuan kehadiran golongan homoseksual. Sementara itu, situasi sama turut berlaku di Taman Tasik Kelana Jaya. Malah, mereka turut menjadikan kemudahan taman permainan kanak-kanak yang tersorok sebagai tempat melakukan asmara. Bagaimanapun, Azizi menasihati wartawan dan jurugambar agar berhati-hati ketika berada di kawasan gelap kerana tempat itu juga menjadi tumpuan penjenayah. “Sudah banyak insiden rompak dan pukul berlaku dalam kalangan lelaki homoseksual yang datang ke sini,” katanya.Malah ada yang diacukan pisau sebelum penjenayah merampas barangan berharga termasuk telefon bimbit dan dompet,” katanya. -HM
.
2 Penyokong CHELSEA:
adoi hot kawasan2 ni rupanya...scary...
Seram baca, tapi masa saya ke sana tak terserempak pulak dgn aktiviti yang begitu.
Post a Comment