Saturday, January 5, 2013

iPhone 5S atau iPhone 6 pula bakal ada di pasaran?


Apple Inc. dikatakan kini sedang menguji iPhone keluaran terbaharu di ibu pejabatnya di Cupertino, di sini. Pembuat aplikasi bagi iPhone mendakwa, mereka telah mengesan gajet itu dimuat turun dengan menggunakan perisian mereka, sekali gus meningkatkan harapan ia akan diedarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Mereka turut mengesan satu versi utama terbaharu bagi perisian yang terdapat pada telefon pintar itu yang dikatakan versi terbaharu kepada model iPhone 5S atau 6. Pemaju perisian di dalam satu laman blog The Next Web berkata, mereka telah mengesan dan melihat secara keseluruhan versi terbaharu iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 7. ''Salah satu pemaju perisian menunjukkan bahawa Apple sedang menguji perkakasan yang mempunyai kaitan dengan 'iPhone6' yang menggunakan sistem iOS 7.

''Ia dijangka akan dipasarkan oleh Apple pada pertengahan tahun ini,'' kata laman itu. Bagaimanapun, pemaju perisian itu masih tidak mengetahui ciri-ciri terbaharu yang mungkin akan dimuatkan ke dalam perisian berkenaan sama ada ia telefon biasa ataupun telefon pintar. Sementara itu, seorang penganalisis teknologi di pusat penyelidikan Gartner, Michael Gartenberg mendakwa, hampir semua firma teknologi utama akan menguji produk terbaharu masing-masing. 'Terbaharu, Apple, Google & Microsoft berkemungkinan besar sedang menguji produk terbaharu mereka,'' katanya menerusi laman twitter sebagai reaksi kepada berita itu. - AGENSI






.

Antara kerja yang sangat sukar di zoo


Menentukan bilangan haiwan yang menghuni sesebuah zoo bukannya tugas mudah, apatah lagi bagi spesies haiwan kecil seperti burung dan serangga yang pastinya memerlukan ketelitian dan kesabaran. Begitulah yang perlu dilalui sekumpulan petugas Zoo London, baru-baru ini, yang mengadakan bancian tahunan bagi menentukan jumlah haiwan yang terdapat di dalam zoo tersebut. Tahun lalu, zoo itu mencatatkan jumlah keseluruhan 17,519 ekor haiwan daripada 767 spesies. Pengarah Zoo London, David Field berkata, bancian tahunan, yang merupakan antara syarat bagi memperoleh lesen pengendalian zoo di Britain, amat penting dalam memastikan rekod yang diambil setiap hari tepat.

"Kesemua maklumat akan dihantar kepada pangkalan data global haiwan, Sistem Maklumat Spesies Antarabangsa (ISIS), yang merupakan asas kepada data baka dan semua program pembiakan antarabangsa," katanya. Menurutnya, mengira jumlah haiwan mamalia tidak menjadi masalah, namun apabila mengira sekumpulan burung yang bebas terbang di dalam kawasan zoo, ia memerlukan pandangan yang tajam dan tepat. "Begitu juga dengan lebah dan beribu-ribu serangga yang terdapat di dalam zoo," katanya. Field berkata, dalam kes-kes tertentu, pihaknya terpaksa 'menipu' dalam menentukan jumlah haiwan kerana spesies itu membiak terlalu cepat dalam tempoh yang singkat. - AGENSI







.

Tiada yang mustahil : Pembedahan pindah tangan pertama


Bekas pemilik pub dari West Yorkshire menjadi orang pertama di United Kingdom (UK) berjaya menjalani pembedahan pemindahan tangan. Mark Cahill, 51, tidak dapat lagi menggunakan tangan kanannya yang lumpuh akibat gaut. Doktor mengatakan yang Cahill menunjukkan tindak balas positif selepas menjalani pembedahan selama lapan jam di Leeds General Infirmary. Masih terlalu awal untuk menilai kawalan tangan akan dapat diberikan tetapi setakat ini beliau sudah mampu menggerakkan jarinya tetapi deria sentuhan belum pulih seperti sedia kala. “Rasanya setakat ini baik-baik saja, tiada lagi kesakitan dan saya sendiri tidak sabar untuk melihat tangan baru saya berfungsi dengan baik,” kata Cahill yang mahu menghabiskan masa bersama cucunya.

Tangan baru Cahill, bapa kepada seorang anak lelaki dan mempunyai seorang cucu, masih lagi berbalut tetapi jarinya sudah boleh digerakkan. "Harap-harap ini akan mengubah kehidupan saya," katanya lagi. Beliau menderita penyakit gaut sejak 20 tahun lalu dan lima tahun lalu, penyakit itu merebak sehingga ke tangan kanannya mengakibatkan beliau tidak dapat membuka jarinya, malah tangan kanan tidak dapat berfungsi. Salah satu pilihan yang ada ialah tangan bionik tetapi beliau menawarkan diri untuk menjalani pembedahan pindah tangan. Pembedahan ini yang melibatkan prosedur memotong tangan penerima dan memasukkan tangan penderma dilakukan pada masa yang sama.

Tangan penderma dipotong setakat kawasan jam tangan dipakai dan pakar bedah menyambung saraf lengan Cahill dengan tangan penderma yang sesuai bersama saluran darah. Pembedahan pindahan tangan itu dibuat pada 27 Disember lalu. Pakar bedah plastik, Prof Simon kay berkata, "pasukan pembedahan sudah bersedia sejak November lalu dan menunggu anggota penderma yang sesuai yang hanya datang pada Krismas lalu." “Ia amat mencabar kerana menjadi pasukan pertama di UK menjalani pembedahan pemindahan tangan pertama,” katanya. “Setakat ini, pesakit memberi tindak balas positif,” tambah beliau. Setakat ini lebih 60 operasi pemindahan tangan telah dibuat di seluruh dunia. -UKnews






.

Pelakon cantik ini tukar nama setelah berkahwin


Setelah bergelar isteri kepada aktor popular, Saif Ali Khan, Kareena Kapoor mahu dirinya dikenali dengan nama Kareena Kapoor Khan. Menurutnya, nama itu seharusnya digunakan memandangkan dia sah menjadi isteri kepada Saif yang mewarisi nama keluarga Khan. “Saya lebih gemar peminat memanggil saya sebagai Kareena Kapoor Khan. Walaupun saya tidak menukar agama, Saif adalah suami saya yang sah dan tidak salah saya turut menggunakan nama keluarganya. “Saya berharap peminat dan masyarakat dapat menerimanya dengan baik,” katanya. -SH






.

Klon terowong smart akan dibina..


Projek terowong Smart (Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya) di Kuala Lumpur menjadi inspirasi kepada Gabenor Jakarta Joko Widodo (Jokowi) untuk membangunkan terowong seumpama itu di ibu kota ini bagi mengatasi masalah banjir, sekaligus masalah kesesakan lalu lintas. Terowong itu dirancang dibangunkan dari Jalan MT Haryono, Jakarta Timur sehingga ke Pluit, di Jakarta Utara dengan harga kira-kira AS$1.66 bilion. "Proses untuk membangunkan terowong ini dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun," kata Jokowi di sini. Pembangunan terowong itu di Jakarta pernah dirancang semasa pentadbiran Gabenor Sutiyoso. Sutiyoso pernah berkunjung ke Kuala Lumpur bersama bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla pada tahun 2007 untuk mengadakan kajian pembangunan projek terowong Smart itu. -BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!