Wednesday, January 9, 2013

Rupanya ada banyak planet lain seperti Bumi


Bima Sakti mengandungi kira-kira 17 bilion planet yang mempunyai saiz seperti Bumi, sekali gus meningkatkan peluang untuk menemui planet kedua yang boleh didiami manusia, menurut kajian terbaharu yang didedahkan semalam. Ahli astronomi yang menggunakan kapal angkasa lepas Kepler milik NASA, mendapati kira-kira 17 peratus bintang di galaksi mengandungi planet sebesar Bumi dengan tempoh orbit yang hampir sama. Bima Sakti mengandungi kira-kira 100 bilion bintang, bermakna kira-kira satu daripada setiap bintang tersebut mempunyai planet bersaiz Bumi yang mengelilinginya.

Namun, penemuan itu tidak bermakna kesemua planet tersebut yang berada di luar atau di dalam sistem suria boleh didiami, tetapi ia tetap meningkatkan peluang penemuan planet sama seperti Bumi. Untuk boleh didiami dan membolehkan air mengalir dalam bentuk cecair, sesebuah planet itu haruslah terletak pada jarak tertentu dari bintang yang diorbit supaya suhu tidak terlalu sejuk atau panas. Ahli astronomi membuat penemuan itu ketika kapal angka lepas Kepler melalui bahagian depan sistem suria planet-planet itu dan menyebabkan berlaku gerhana kecil yang memalapkan pancaran cahaya.

Mereka mendapati 17 peratus dari bintang-bintang itu mempunyai planet yang bersaiz 0.8 hingga 1.25 kali hampir sama besar dengan Bumi dan tempoh orbit selama 85 hari atau kurang. Kira-kira satu perempat dari bintang itu pula memiliki saiz 1.25 hingga sekali ganda saiz Bumi dengan tempoh orbit selama 150 hari atau kurang, manakala satu planet yang mempunyai saiz dua atau empat kali lebih besar dari Bumi mengorbit selama 250 hari. Penyelidik itu membentangkan analisis mereka pada mesyuarat American Astronomical Society di Long Beach, California. - AFP






.

Gadis 15 tahun tunjuk protes kerana dinikahkan dengan lelaki berusia 90 tahun


Seorang lelaki Arab Saudi berusia 90 tahun menggugut keluarga isterinya kerana si isteri yang berusia 15 tahun mengurung diri di bilik pada malam pertama perkawinan mereka. Gadis remaja yang ketakutan itu mengunci pintu dari dalam sehingga suami barunya itu tidak boleh masuk pada malam pertama mereka. Setelah dua hari mengurung diri, gadis itu lagi ke rumah orang tuanya. Dalam sebuah wawancara, sebagaimana dilaporkan laman berita Al Arabiya, pengantin lelaki yang sudah masuk kategori orang lanjut usia itu berkeras bahawa pernikahannya "legal dan benar". Dia mengatakan dia telah membayar maskawin sebesar 65.000 riyal untuk menikahi gadis itu, yang berayahkan seorang Yaman dan beribu seorang Saudi. Lelaki tua itu menceritakan kisah malam pertamanya dengan pengantinnya. Dia mengatakan, gadis itu memasuki bilik tidur mendahuluinya. Namun gadis itu langsung mengunci pintu dari dalam sehingga dia tidak dapat masuk.

Hal itu, membuatkan dia "curiga ada semacam konspirasi" oleh gadis itu dan ibunya. Dia bersumpah untuk menuntut kedua mertuanya agar menyerahkan gadis itu kepadanya atau mengembalikan maskawin yang mahal itu. Teman rapat keluarga pengantin wanita mengatakan, gadis itu ketakutan pada malam pernikahan. Pernikahan itu kemudian memicu kecaman dari para aktivis hak asasi manusia dan media sosial di kerajaan tersebut. Di Twitter khususnya, para aktivis mengecam orang tua gadis itu kerana menyerahkan anak gadis mereka kepada seorang lelaki yang usianya beberapa dekad lebih tua dari anak mereka.

Anggota Asosiasi Nasional Hak Asasi Manusia Saudi (NSHR), Suhaila Zein al-Abedin, mendesak kerajaan untuk campur tangan "seccepat mungkin demi menyelamatkan anak itu dari tragedi." Abedin menegaskan, pernikahan harus berdasarkan pada kesepakatan bersama, dan hal itu tidak terjadi, sebagaimana ditunjukkan oleh langkah gadis itu dengan mengunci dirinya di dalam bilik. Menurutnya, orang tua gadis itu juga harus bertanggungjawab kerana menikahkan anak mereka dengan lelaki yang usianya seperti datuknya. Abedin mendesak penentuan batas usia minimum 18 tahun untuk menikah bagi para gadis. -Al-arabiya







.

Zarina Anjoulie sah digantung berikutan kes memiliki dadah


Ekoran kontroversi yang terpalit ke atas pelakon Zarina Anjoulie berhubung kes memiliki dadah baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menegaskan persatuan terpaksa menggantung keahlian Zarina sementara waktu. Jika, benar-benar aktres itu didapati bersalah, pihaknya akan melucutkan keahliannya bukan pecat. Meskipun keahliannya digantung, Zarina masih diberi peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh tiga hingga enam bulan. “Setakat ini, persatuan terpaksa menggantung keahlian Zarina sementara waktu. Jika, benar-bbenar didapati bersalah, kami akan lucutkan keahliannya bukan pecat. Ini akan jadi contoh kepada artis lain.

Saya beritahu ini berdasarkan perlembagaan persatuan bukan saya buat keputusan sendiri. “Kami ada beri ruang kepada dia untuk muhasabah dalam tempoh tiga hingga enam bulan dan dalam tempoh itu dia boleh membuat rayuan,” ujarnya,” katanya kepada Sinar Harian. Pihaknya turut menggesa orang ramai agar tidak menjatuhkan ‘hukuman’ ke atas pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie sebelum ia diputuskan bersalah oleh mahkamah. “Kita tak boleh jatuhkan hukuman. Mahkamah yang tentukan. Ini baru tuduhan dan dakwaan... bagi ruang," kata Zed lagi. Setakat ini nasib Zarina masih belum ditentukan berhubung tuduhan memiliki dadah apabila beliau dibenarkan diikat jamin oleh ahli keluarga sahaja.

Pelakon berusia 27 tahun itu dijamin adik tirinya keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya, minggu lalu. Sebutan semula kes tersebut ialah pada 8 Febuari ini. Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, pukul 5.30 petang pada 30 Disember lalu. Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - mD






.

Pelakon popular ini sering disalah anggap sebagai kanak-kanak bawah umur


Setelah membesar dalam perhatian sebagai bintang kanak-kanak Harry Potter, Emma Watson sering terpaksa berjuang untuk meyakinkan semua orang bahawa dia kini sudah membesar. Walaupun ramai di antara kita wanita dewasa akan suka untuk kelihatan lebih muda daripada usia sebenar, namun bintang muda ini nampaknya sering kecewa kerana dianggap sebagai kanak-kanak bawah umur. Pelakon yang kini berusia 22 tahun itu mengembara solo sepanjang Krismas apabila dia berhenti di kawalan pasport kerana seorang pegawai meminta dia bersama ibu bapa penjaga akibat disangka masih di bawah umur. Dia mengakui, hal seperti itu sering terjadi kepadanya.. -DM






.

Bermain 'Fruit Ninja' di telefon pintar dengan menggunakan pisau betul.


Telefon pintar jelas dibuat untuk digunakan dengan menggunakan hujung jari. Tetapi, peliknya, orang ini melakukannya dengan cara yang sangat berbeza. Seseorang lelaki bernama Adrianisen memuat turun sebuah video di laman YouTube miliknya yang menunjukkan bagaimana dia menggunakan telefon pintar, bermain permainan 'Fruit Ninja' dengan menggunakan sebilah pisau.


Ya, sebilah pisau betul. Lebih tepatnya dia memainkan sebuah game popular, Fruit Ninja’ yang mengharuskan pemainnya memotong buah-buah yang dilemparkan dengan menggunakan sentuhan jari di telefon pintar dengan cepat dan tepat.


Dia menggunakan telefon pintar, Nokia Lumia 920 miliknya.


Rupanya Adrianisen lebih suka menggunakan sebilah pisau untuk memotong buah-buahan tersebut daripada menggunakan jarinya. Video ini sekaligus membuktikan bahawa Nokia tahu cara membuat telefon pintar yang lebih canggih.


Dan nampaknya Lumia 920 ternyata memiliki screen yang memang benar-benar antigores. -youtube





P/S - Sikit jer markah guna pisau betul, macam ganas lak hehe...







.

Ibu ini bunuh anak dengan kejam kerana anaknya tidak membaca al-quran dengan baik


Seorang ibu yang membunuh anaknya kerana gagal untuk belajar membaca Al-Quran dengan betul, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Ege Sara, 33, membunuh Yaseen berusia tujuh tahun dan kemudian bakar badannya dalam usaha untuk memusnahkan bukti. Semalam dia menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh kerana dia diberitahu dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya 17 tahun di dalam penjara kerana pembunuhan itu. Bapa dan guru-guru kanak-kanak malang itu mengakui bahawa Yaseen merupakan seorang kanak-kanak yang tampan dan riang. Ege pernah menyalahkan suaminya untuk kematian anak mereka. Tetapi juri mendapati dia bertanggungjawab untuk kematian Yaseen selepas dia mengaku memukul nya 'seperti anjing'.


Mahkamah mendengar bahawa Ege telah menjadi taksub dengan ketidakupayaan jelas anaknya untuk mempelajari Al-Quran yang telah diajar selepas sekolah di masjid. Pada hari kematiannya, pelajar sekolah itu sepatutnya pergi berkelah tetapi tidak hadir kerana ibunya mahu dia menghabiskan lebih banyak masa membaca Al-Quran. Selepas dia meninggal dunia, Ege, yang telah memukul anaknya untuk tiga bulan sebelumnya, membakar rumah keluarga di Cardiff, dan ramai menyangka kanak-kanak malang itu telah mati dalam kebakaran. -USnews







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!