Lama dah intai novel ni. Dengan warna birunya, dan ketebalannya ^___^
Tajuk : Cinta Untuk Sedetik Lagi - Ezza MysaraHalaman : 815 muka suratKeluaran : KaryaseniHarga : RM28.00/RM31.00
Novel ni mendapat sambutan baik dari penggemar novel kerana sejak beberapa bulan yang lalu tersenarai diantara novel yang laris. Apa istimewanya? Masa buat pilihan beli novel, lulu tengok novel ni mendapat komen yang hebat dari pembaca. Ada yang cakap ceritanya sedih.
Novel ini mengisahkan pasangan kembar, Naila Farafeesa dan Naila Faraneesha yang berbeza watak namun saling rapat antara satu sama lain. Seorang dengan sikap yang agak kasar dan seorang pula lemah lembut. Feesa yang selalu positif, disahkan menghidap penyakit serius yang membuatkan dia nekad menolak kebahagiaan diri sendiri kerana menganggap dia tak layak bahagia disebabkan nyawanya yang semakin singkat. Seorang lelaki yang sangat menyintainya mendapat tahu penyakitnya dan membuatkan dia melakukan sesuatu untuk memastikan gadis yang menawan hatinya itu akan menjadi isterinya.
'Feesa, percayalah, jika awak ada sedetik lagipun, cinta saya pada awak tak akan pernah padam. Izinkan saya untuk membahagiakan awak. Menemani sisa-sisa hidup awak.. Biar kita lawan rasa sakit itu bersama-sama.. Kerana sebenarnya keadaan yang kita rasai sekarang adalah lebih menyakitkan....'
Tekanan perasaan yang dialami Feesa semakin hebat kerana si ibu yang bersikap dingin terhadapnya. Juga kembarnya yang tiba-tiba kehilangan tunang. Disamping dugaan-dugaan hebat dalam hidupnya, dia bersyukur memiliki seorang suami yang sangat menyintai dan menyayanginya. Apakah akhir cerita novel ini? Dapatkah dia sembuh dari sakitnya, dan adakah ibunya akan menyanyanginya seperti menyayangi kembarnya, Faraneesha?
P/S - Recommended by Lulu Caldina
.