Sunday, January 20, 2013

Sungai dijadikan tempat untuk hapuskan dosa


Baru-baru ini, jutaan penganut Hindu berkumpul di sepanjang Sungai Gangga di India yang dipercayai sungai suci bagi penganut agama itu untuk menebuskan segala kesilapan yang pernah dilakukan selama ini. Ketika menyambut festival yang dipanggil Kumbh Mela itu, ada kalangan mereka yang langsung tidak berpakaian serta melumurkan badan mereka dengan abu dan ada juga yang berpakaian seperti biasa. Bagi mereka merendamkan diri di Sungai Gangga yang terletak di utara Bandar Allahabad di negara itu merupakan proses membersih diri daripada segala dosa. Penganjur festival tersebut, Mani Prasad Mishra berkata, hampir tiga juta penganut Hindu telah mandi di sungai tersebut pada hari pertama festival itu dan 11 juta lagi dijangka memasuki sungai itu sehingga berakhir festival pada 10 Mac ini.

Katanya, lebih 110 juta dijangka mandi di Sangam, satu kawasan yang menghubungkan tiga sungai iaitu Sungai Gangga, Sungai Yamuna dan Sungai Saraswati yang dipercayai bersambung di Allahabad yang terletak di utara negara ini. Mereka percaya mandi di Sungai Gangga bukan sahaja mampu membasuh dosa-dosa silam tetapi juga memberi kerahmatan dalam kehidupan. Dalam ritual tersebut, upacara mandi akan dimulakan dengan ‘orang kuat' penganut Hindu memasuki sungai tersebut terlebih dahulu. Ketuanya kemudian melemparkan bunga ke arah penganut lain sambil melaungkan 'har har Gangga’. Dalam perhimpunan penganut Hindu terbesar di dunia itu, kira-kira 50,000 anggota tentera dikerahkan untuk mengawal keselamatan penganut yang berkumpul di sungai tersebut.

Menurut mitos Hindu, perayaan Kumbh Mela disambut sebagai meraikan kejayaan dewa yang berlawan dengan roh jahat untuk mendapatkan semangkuk madu. Mereka percaya satu daripada dewa mereka melarikan diri ke langit, sebelum madu tersebut tertumpah di empat bandar iaitu di Allahabad, Nasik, Ujjain dan Haridwar. Penganut Hindu percaya dosa-dosa silam akan gugur sekiranya mereka menyucikan diri di sungai tersebut. Keadaan itu memberikan semangat kepada mereka untuk 'berkampung' di sungai tersebut demi mendapat kerahmatan. Malah ada dalam kalangan mereka yang sanggup mendirikan khemah di persekitaran sungai tersebut, semata-mata untuk mengambl peluang ‘membersihkan' dosa-dosa mereka. - AGENSI






.

Tahniah... Lee Chong Wei bakal jadi ayah


Pemain Badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan menjadi ayah buat kali pertama pada akhir tahun ini.  Isterinya, yang juga bekas pemain badminton negara, Datin Wong Mew Choo, menunjukkan perutnya yang mula membesar di Stadium Putra, ketika hadir memberi sokongan buat suaminya, Chong Wei di Terbuka Malaysia separuh akhir menentang Jan O Jorgensen dari Denmark.


Sehari selepas itu, Datuk Lee Chong Wei mudah mempertahankan Kejuaraan Terbuka Malaysia Maybank selepas menumpaskan pemain nombor lima dunia, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia dengan keputusan 21-7, 21-8. Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia, hanya mengambil masa 32 minit untuk menundukkan Kuncoro sekali gus menjulang gelaran kali kesembilan kejohanan dan kedua pada Kejuaraan Super Siri Musim 2013. - sports247








.

Dia berusia 10 tahun namun berpose umpama wanita dewasa


Thylane Loubry Blondeau, model perempuan yang baru berusia 10 tahun itu tampil menggoda untuk majalah Vogue Paris edisi Januari. Blondeau berpose umpama wanita dewasa dengan mengenakan make-up tebal, busana Haute Coture dan kasut tinggi. Hal ini menimbulkan kontroversi dari beberapa organisasi kemanusiaan.

Mereka merasa marah kerana seorang anak kecil harus menampilkan daya tarikan seksual seperti wanita yang usianya dua kali ganda darinya. Cover dan foto di dalam majalah vogue tersebut juga dirasa dapat menimbulkan idea-idea tidak sihat mengenai cara pandangan anak-anak dan remaja terhadap diri mereka sendiri.


Satu survey mengungkapkan, 88 peratus orang dewasa setuju bahawa anak-anak berada di bawah tekanan untuk menjadi dewasa terlalu cepat, dan 58 peratus mengatakan bahawa kes ini adalah pengaruh selebriti. Para ahli juga memperingatkan mengenai implikasi psikologi anak-anak dan remaja dalam industri model. -ABCNews






.

Kisah penyanyi lagu Skyfall, Adele dan anak lelakinya


WALAUPUN berita kelahiran anak lelaki penyanyi British, Adele, dinantikan masyarakat dan peminat, namun Adele tidak berhasrat untuk berkongsi mengenai anak pertamanya. Malah, Adele lebih selesa merahsiakan nama anak bersama Simon Konecki kerana menganggap ianya terlalu peribadi. "Bukan masanya untuk memberi pendedahan yang terlalu luas buat anak saya. Lagipun, kami masih melalui saat-saat indah bersamanya," kata pelantun lagu Skyfall ini. Adele selamat melahirkan anaknya pada Oktober tahun lalu. -Jared





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!