Monday, February 11, 2013

Perbuatan yang mudah tapi baik untuk otak


Tabiat mengunyah gula-gula getah di khalayak ramai, mungkin menimbulkan rasa kurang selesa bagi sesetengah individu, namun satu kajian saintifik terkini mendedahkan perlakuan mengunyah itu sebenarnya baik untuk kecergasan otak. Kajian oleh Institut Sains Radiologi Kebangsaan Jepun dan beberapa institusi sains itu membuktikan, sekurang-kurangnya lapan tempat pada otak manusia boleh mendapat manfaat daripada perlakuan tersebut. Ketua penyelidik, Profesor Andy Smith, berkata, mengunyah gula-gula getah, mampu meningkatkan ghairah dan mengundang tindakan sementara kepada aliran darah dalam otak.

Menurutnya, responden yang terlibat diberi tugas ketika mengunyah gula-gula getah dan tidak mengunyah serta bahagian otak mereka diimbas untuk melihat bahagian mana yang paling aktif. Ketika sesi ujian selama 30 minit dijalankan, responden akan menekan butang dengan ibu jari bagi memberi tindak balas terhadap soalan yang diberi pada skrin. Responden yang tidak mengunyah gula-gula getah mengambil masa 545 mili saat untuk memberi tindak balas, berbanding 493 mili saat oleh responden yang mengunyah gula-gula getah.

Menurut beliau, kawasan otak yang paling aktif ketika mengunyah merupakan kawasan yang terlibat dengan pergerakan dan pemerhatian. "Satu kes yang boleh dijadikan contoh, situasi pengurus bola sepak kelab Manchester United, Alex Fergusson yang sentiasa mengunyah gula-gula getah ketika pasukannya beraksi. Mungkin ia hanya kebetulan, namun, tindakan itu dilihat sangat tepat dalam keadaan yang getir seperti itu," katanya. Jelas beliau, keputusan ujian mencadangkan kunyahan meningkatkan paras keghairahan dan kewaspadaan yang menjana kawalan motor, sekali gus membantu meningkatkan persembahan kognitif individu. - AGENSI






.

Skandal serius : Daging kuda dalam produk daging lembu


Skandal daging kuda merebak di Perancis apabila enam rangkaian pasar raya di negara ini menarik produk mengandungi daging itu. Kerajaan Britain dan pemerintah Perancis kelmarin berjanji untuk menghukum pihak yang terlibat menjual daging tersebut. Menteri Hal Ehwal Pengguna Perancis, Benoit Hamon berkata, siasatan mendapati daging haiwan itu berasal dari Romania. Dakwaan itu dibuat walaupun terdapat penglibatan firma di Perancis, Belanda dan Cyprus dan sebuah kilang di Luxembourg. Menteri Alam Sekitar Britain, Owen Paterson berkata, lebih banyak kes pencemaran makanan mungkin berlaku selepas pihak peruncitan di negaranya melakukan ujian terhadap produk daging yang telah diproses.

Sebuah unit makanan beku Britain, Fundus mula menarik semula produk lasagne yang mengandungi daging tersebut dari pasar raya atas nasihat daripada pihak pembekal, Comigel dari Perancis. Penarikan itu dibuat ekoran terdapat kebimbangan bahawa produk berkenaan mempunyai daging kuda. Skandal itu mendapat kritikan di Britain kerana memakan daging kuda dianggap sebagai pantang larang dalam masyarakat. Pihak berkuasa Britain turut menyatakan, ujian dilakukan untuk memastikan sama ada daging tersebut mengandungi dadah yang boleh membahayakan manusia. -BBC






.

Kandang lembu ini ada tv untuk lembu


Kandang lembu ini sangat mewah. Di Rusia, ada sebuah ladang peternakan lembu yang menyediakan tv besar LCD kepada lembu-lembu ternakannya. Setiap masa, tv itu akan dihidupkan dan akan ditayangkan rancangan-rancangan yang akan membuatkan ‘jiwa para lembu menjadi tenang’. Tapi apakah hasilnya? Hasilnya, tak ada kesan. Tidak ada sebarang perubahan. Maknanya, hasil mereka sia-sia.. -AP





.

Pemain bola Muslim bermain di kelab Israel, Beitar Jerusalem


Di bawah perlindungan ketat, pemain bola sepak Muslim, Gabriel Kadiev melakukan debut bersama kelab Israel, Beitar Jerusalem. Pemain berusia 19 tahun itu mendapat pengawasan ketat ketika pasukannya bertanding melawan Bnei Sakhnin di Teddy Stadium, Jerussalem baru-baru ini. Gabriel Kadiev, dimasukkan pada minit ke-80. Sebelumnya, perlawanan Liga Super Israel itu dibayangi ancaman kerusuhan penonton. Peminat mengugut akan membuat rusuhan setelah pihak pengurusan kelab membawa masuk dua pemain Muslim dari Chechnya. Ratusan polis disediakan demi mencegah kekerasan yang dilakukan penyokong Beitar yang terkenal kejam dan bertindak rasis terhadap orang Muslim.


Meskipun begitu, tidak seluruhnya peminat Beitar bertindak brutal. Jurucakap polis Jerusalem Micky Rosenfeld, mengatakan paling kurang 500 anggota polis dikerahkan untuk menjaga di dalam dan luar stadium demi mencegah kerusuhan. Nasib baik, sehingga perlawanan tamat, tiada kerusuhan yang berlaku. "Ramai peminat menganggap, Muslim itu adalah teroris. Kita adalah ibu kota israel. Muslim tidak mungkin layak mengenakan seragam pasukan kita," kecam seorang penyokong berusia 22. -Huffington Post







.

Nama anak William dan kate Middleton dinamakan Diana?


Pasangan diraja Britain, Putera William dan isterinya, Duchess of Cambridge, Kate Middleton dilaporkan bakal berdepan dengan situasi tegang berhubung nama bayi sulung mereka. Menurut sumber yang dipetik akhbar National Enquirer, William dan Middleton ingin menamakan anak mereka Diana, sempena nama mendiang Puteri Diana, namun ia ditentang oleh Ratu Elizabeth. "Ratu Elizabeth mempunyai hak sepenuhnya untuk menamakan mana-mana waris diraja. "Namun keadaan menjadi tegang selepas nama Diana tidak dipersetujui oleh Elizabeth, manakala William pula cuba mendapatkan sokongan daripada bapanya, Putera Charles," menurut sumber tersebut.

Charles dikatakan memahami niat anaknya yang ingin menamakan cucu sulungnya sempena nama Diana, namun hasrat itu mungkin tidak akan menjadi realiti. Middleton dijangka melahirkan bayinya pada Julai ini dan perlu menjalani rawatan berhubung masalah selera makan. Menurut satu sumber, puteri itu berasa loya setiap kali menjamah makanan dan ia akan memberi kesan terhadap kandungannya. "Middleton sukar untuk menghabiskan satu hidangan setiap kali makan dan beliau akan mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah tersebut," ujar sumber itu. - AGENSI






.

Besarnya tengkorak tu.. Boleh tengok di Italy


Calamita Cosmica (dalam bahasa Inggris bererti Cosmic Magnet) adalah Patung Tengkorak sepanjang 28 meter yang dibuat oleh seniman bernama Gino De Dominic. Patung ini di pertunjukkan di Museo Nazionale Della Arti Del XXI Secolo, salah satu muzium Nasional di Roma setelah sebelumnya melakukan tour pameran mengelilingi Eropah seperti di Perancis, Milan, Belgium dan lainnya.


Seluruh bahagian dari patung ini sesuai dengan skala kerangka manusia kecuali pada bahagian hidung, tulang hidung patung ini sengaja dibuat lebih panjang. Menarik bukan? -artribune






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!