Wednesday, February 13, 2013

KAMI DAH KAHWINLAH!




Haiyoh, susahnyalah bila pasangan dah kahwin tapi tak boleh dedahkan pada orang lain yang mereka dah jadi suami isteri. Apatah lagi bila terpaksa tinggal berasingan. Terpaksa berlagak macam tak ada hubungan.

Itulah yang terjadi kepada dua orang sepupu, Raqib Aryan dan Sara Cempaka yang saling jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan orang lain kerana Nenek mereka, Nenek Saripah yang sangat memegang adat turun menurun mereka, sepupu mesti dianggap macam adik beradik.

Dalam mereka berusaha menyembunyikan status ini, mereka terpaksa berjumpa secara sembunyi, dating kat tepi tasik, dan tanpa disedari ada yang memerhatikan.. Dan bermula daripada situ, rahsia itu diketahui satu demi satu ahli keluarga mereka. Sehinggalah nenek mereka mula merancang untuk mengahwinkan mereka dengan pilihannya, dan Sara Cempaka disahkan hamil. Apa akan terjadi dengan pasangan muda ini? Mampu kah mereka mempertahankan hubungan mereka dan bagaimana keadaan nenek Saripah bila mengetahui rahsia besar ini?

Tajuk : Kami dah Kahwinlah!
Penulis : Lisa Muhamad
Halaman : 413 Muka Surat
Harga : RM18/RM21





P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Komputer Kitar Semula Bantu Rakyat Kurang Bernasib Baik


Romania yang merupakan salah satu daripada negara termiskin di Kesatuan Eropah (EU), berharap lebih banyak inisiatif seperti program mengitar semula bagi membantu golongan dewasa yang menganggur dan mereka yang tidak bernasib baik. “Orang ramai menyertai gerakan ini dan menjadikannya sebagai situasi menang-menang bahawa semua orang diberi peluang,” kata Elisabeta Lacatus, seorang guru di timur bandar Galati. Lacatus membantu kanak-kanak autistik dan belia Romania yang tinggal di kawasan daif di Galati, di mana bantuannya itu dipengaruhi oleh pengalamannya sendiri yang membesarkan seorang anak lelaki yang menghidap autistik.

Dia mendapat bantuan daripada sebuah persatuan berpangkalan di Bucharest iaitu “Atelire fara froniere” (Bengkel Tanpa Sempadan) di mana aktiviti utamanya adalah mengitar semula komputer. “Mereka mempunyai sebuah program yang membolehkan golongan gelandangan dan kurang upaya, termasuk yang tercicir daripada persekolahan untuk membaiki komputer, sebagai usaha untuk menyertai dalam pasaran buruh,” kata Lacatus.

Sejak 2009, program itu telah membantu 80 orang untuk kembali berintegrasi dalam komuniti dengan separuh daripada mereka mendapat peluang pekerjaan. Komputer yang telah digunakan itu, disumbangkan oleh kedutaan-kedutaan dan syarikat-syarikat seperti peruncit Carrefour dan Acuhan, anak syarikat pengeluar kereta Renault iaitu Dacia dan syarikat gergasi tenaga, GDF Suez. Selepas komputer-komputer itu dibaiki, ia disumbangkan kepada sekolah-sekolah dan komuniti tempatan. - AFP





.

Lady Gaga sakit serius?


Lady Gaga berkata, “penyakit hati”nya menyebabkan penyanyi itu menundakan empat persembahan selepas mengalami kecederaan yang mengakibatkan dirinya tidak dapat berjalan. Satu kenyataan berkata, persembahan beliau yang ditetapkan pada 13 sehingga 14 Februari di Chicago, 16 Februari di Detroit dan 17 Februari di Hamilton, Ontario, Kanada ditunda berikutan mengalami ‘synovitis’, iaitu beberapa kecederaan radang. Gaga menggunakan Twitter untuk memberikan penjelasan, dengan menyatakan bahawa beliau cedera dalam satu persembahan suatu ketika dahulu dan keadaan itu bertambah buruk, menyebabkan beliau sukar untuk bergerak. Beliau merahsiakan mengenai kecederaan itu daripada kakitangannya, tetapi akhirnya terpaksa mendedahkannya. “Saya sudah lamah merahsiakan kecederaan dan kesakitan yang kronik, dan sejak bulan lepas keadaannya semakin buruk,” tulisnya. “Saya berdoa agar ia dapat disembuhkan,” katanya Lady Gaga lagi. - AP

Pelakon Malaysia kehilangan ibu dalam kemalangan


Ibu kepada pelakon Catriona Ross iaitu Siti Zawiyah Ab Rahman meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya dipercayai terbabit dengan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas di Gerik, Perak awal pagi Rabu. Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham."Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Saya akan sentiasa merinduinya," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Facebook miliknya pada Rabu. Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu.Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu. -Mstar






.

Lelaki berusia 93 tahun ini seorang yang menakjubkan


Seorang datuk berhasrat untuk menyertai tiga kejohanan kecergasan bertaraf dunia pada tahun ini kerana mahu menunjukkan seseorang itu tidak lewat untuk memulakan sesuatu yang baharu walaupun telah berusia. Charles Eugster, 93, yang berasal dari London, mula melakukan aktiviti sukan seperti berlari dan mendayung ketika berumur 85 tahun kerana menyedari dia semakin gemuk. Datuk kepada dua orang cucu itu akan menjadi orang pertama untuk menyertai semua kejohanan tersebut bagi peringkat umurnya.

Pesara doktor gigi itu menyertai kelab bina badan dan memulakan latihan berat tiga kali seminggu pada umur 85 tahun. Beliau yang kini tinggal di Uitikon, Switzerland berkata, motivasi untuk menjaga bentuk badannya adalah kerana dia merasa kesihatannya semakin teruk dan gemuk selain ingin bermegah dengan kemampuan dirinya.

''Saya mahu menarik perhatian wanita berumur 70-an apabila berjalan di tepi pantai,'' katanya. Eugster akan menyertai kejohanan mendayung di World Masters Rowing Regatta di Varese, Italy pada September ini. Sebulan kemudian, dia akan menyertai Kejohanan Olahraga Masters Dunia di Porto Alegre, Brazil melibatkan acara renang gaya bebas 50 meter, lari pecut 100 meter dan lempar cakera. - AGENSI





.

Kisah Osama Bin Laden sebelum ditembak mati


Seorang anggota komando tentera laut Navy SEAL Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam operasi pemburuan pengganas nombor satu dunia, Osama bin Laden, buat pertama kali menceritakan pengalamannya menembak mati pemimpin tertinggi al-Qaeda itu. Pendedahan tersebut disiarkan di dalam majalah Esquire melalui temu bual bersama komando tersebut yang enggan dikenali tentang peranannya dalam operasi berbahaya pada Mei 2011 di Pakistan. Katanya, Osama lebih tinggi daripada jangkaannya dan pengganas paling dikehendaki itu berasa keliru ketika pasukan elit AS berkenaan menyerbu tempat persembunyian tersebut. "Apabila pasukan kami menyerbu masuk di tingkat tiga tempat persembunyian Osama, dia menggunakan isterinya sebagai perisai dan terdapat selaras senapang AK-47 berdekatan pemimpin al-Qaeda itu. "Saya tidak pasti sama ada wanita tersebut memakai baju yang dilengkapi bom dan dia ditolak untuk meletupkan diri.

"Osama juga dilihat cuba mencapai sepucuk pistol, menyebabkan saya terpaksa menembaknya sebanyak tiga kali di bahagian kepala," katanya. Menurut penembak itu, detik-detik cemas antara pasukan Navy SEAL dan Osama hanya berlangsung selama 15 saat. Namun katanya, detik paling mencemaskan berlaku lebih awal apabila helikopter Black Hawk yang digunakan dalam operasi itu, terhempas berdekatan kubu terbabit. "Saya berfikir kami mungkin tidak dapat keluar dari kubu tersebut memandangkan helikopter yang bakal membawa kami sudah terhempas. "Saya fikir kami mungkin terpaksa mencuri kereta dan menyelamatkan diri ke Islamabad atau menunggu tentera Pakistan menyelamatkan kami," jelasnya.

Artikel Esquire bertajuk The Man Who Killed Osama bin Laden...is Screwed, menamakan komando terbabit sebagai 'Penembak', yang menceritakan kehidupan dirinya dalam pasukan elit AS itu yang tidak diberikan pencen, insurans kesihatan atau kawalan keselamatan terhadap keluarganya. Pendedahan tersebut dibuat selepas seorang lagi komando Navy SEAL yang terlibat sama dalam serbuan tersebut, Matt Bissonnette menerbitkan sebuah buku bertajuk No Easy Day. Tindakan Bissonnette itu mendatangkan kemarahan Pentagon yang mendakwanya kerana menyebarkan maklumat sulit kerajaan. - AFP






.

Natasha Harris mati kerana minuman berkarbonat?


Seorang koroner mengesahkan bahawa punca kematian ibu lapan anak, Natasha Harris, 30 adalah akibat minum terlalu banyak minuman berkarbonat. Harris minum sehingga 10 liter air berkarbonat setiap hari, bersamaan lebih dua kali ganda had selamat harian kafein dan hampir satu kilogram gula. Mendiang meninggal pada pada 25 Februari 2010 akibat serangan jantung. Pasangannya, Christopher Hodgkinson menemuinya dalam keadaan terduduk di atas kerusi tandas, tersandar pada dinding dan mengalami kesukaran bernafas.

Syarikat minuman berkarbonat terbabit mempertikaikan bahawa kuantiti besar yang diminum setiap hari oleh Harris tidak dapat dibuktikan sebagai punca menyumbang kematiannya. Namun dalam penemuan dikeluarkan semalam, koroner David Crerar berkata Harris mungkin tidak mati jika dia tidak terlalu bergantung kepada minuman berkarbonat itu. “Saya mendapati, apabila semua bukti yang diperoleh dipertimbangkan, jika Natasha Harris tidak mengambil kuantiti besar air berkarbonat, agak mustahil dia akan mati seperti sekarang,” katanya.

Hodgkinson berkata, beberapa bulan sebelum kematiannya, keadaan kesihatan Harris merosot. “Dia tiada tenaga dan merasa tidak sihat sepanjang masa. Dia akan bangun dan muntah pada waktu pagi,” katanya. Beliau berkata tabiat minum air berkarbonat pasangannya menjadi satu ketagihan. “Dia akan marah-marah dan sakit kepala jika tidak minum air berkarbonat dan juga tidak bertenaga,” katanya. Agensi






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!